• Legenda pasukan Kelantan ketika era 80 dan 90an, Hashim Mustapha menyatakan bahawa tidak wujud komplot yang mahu mensabotaj pasukan Kelantan seperti yang didakwa oleh Presiden KAFA, Bibi Ramjani Ilias Khan sebelum ini.

    Menurut Hashim, dakwaan tersebut dibuat oleh Bibi Ramjani bagi menutupi segala kelemahan beliau sebagai Presiden persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA). Selain itu, Bibi cuba menuding jari kepada orang lain di atas beberapa tidakannya yang memakan dri dan sedang mengalami sindrom takut akan bayang-bayang sendiri.

    Hashim menyatakan bahawa beliau tidak nampak apa tujuannya segelintir pihak yang dikatakan mahu menjatuhkan pasukan Kelantan mahu berbuat sedemikian. Memang ada bekas pemain serta peminat yang mengkritik tidakan beiau yang melepaskan beberapa pemain senior pasukan.

    Ini kerana ketika Kelantan melepaskan pemain senior tersebut, ianya tidak kena dengan masanya. Tindakan jurulatih, Fajr Ibrahim yang hanya mahu menurunkan seorang pemain import walhal ada lagi dua pemain yang boleh diturunkan juga dipersoalkan.

    Akan tetapi, Hashim tidak menafikan sumbangan Bibi yang telah mengorbankan wang sendiri demi menyelesaikan masalah pasukan. Namun, beliau tidak boleh bertindak sendiri ketika menguruskan dan mengembalikan zaman kegemilangan pasukan. Tambah Hashim, Persatuan Bekas Pemain Bolasepak Kelantan (PBPBK) sedia membantu Bibi kerana mereka mempunyai pengalaman yang sangat luas.

    Jika dakwaan yang mengatakan ada pihak yang mahu menjatuhkan pasukan Kelantan ituu benar, maka Bibi Ramjani perlu segera mencari pihak mana yang mahu berbuat demikian dan menyingkirkan mereka daripada pasukan.

    Akan tetapi, jika benar tiada apa yang berlaku seperti yang didakwa oleh Hashim Mustapha, maka Bibi perlu duduk berbincang dengan pihak yang lebih arif tentang menguruskan persatuan bola sepak.

    Penting untuk Bibi menyelesaikan segera isu yang melanda pasukan agar prestasi pasukan dalam saingan Liga Malaysia tidak terjejas. Apatah lagi mereka kini sedang menduduki zon penyingkiran dalam saingan Liga Super. Jadi semua pihak perlu bersatu bagi memastikan pasukan Keluar daei zon penyiingkiran.

    Baca Juga: Siapa Yang Cuba Menjatuhkan Pasukan Kelantan

    Leave a comment

    Your email address will not be published.