• Semenjak jendela perpindahan kedua dibuka sejak isnin lalu, pasukan Liga Malaysia berlumba-lumba untuk menandatangani pemain bagi memperkemaskan pasukan. Baru-baru ini, pasukan Kelantan dikaitkan dengan pemain terbaik Asia 2017 iaktu Omar Kharbin.

    Penyerang Syria berusia 28 tahun ini mewakili kelab Arab Saudi iaitu Al-Hilal. Tahun lalu beliau diangkat menjadi pemain Terbaik Asia kerana prestasi beliau ketika saingan Liga Juara-Juara Asia dan juga kempen kelayakkan Piala Dunia.

    Kharbin berjaya membantu Al-Hilal mara ke perlawanan akhir Liga Juara-Juara Asia musim lalu. Namun, pada perlawanan akhir Al-Hilal tewas kepada kelab Jepun, Urawa Reds Diamond. Bukan setakat membantu Al-Hilal ke pentas akhir, Kharbin juga berjaya menjadi penjaring terbanyak dengan 10 gol.

    Pencapaian Kharbin musim lalu ini adalah sangat baik memandangkan betapa sukarnya untuk bermain dalam saingan Liga Juara-Juara Asia. Ramai pasukan yang mempunyai kelebihan tersendiri dari segi pertahanan hinggalah bahagian serangan.

    Presiden Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA), Bibi Ramjani Ilias Khan akan berbincang terlebih dahulu bersama ketua jurulatih pasukan, Fajr Ibrahim sekiranya beliau mahu khidmat Kharbin ataupun tidak.

    KAFA sebelum ini menyatakan bahawa mereka hanya mahu mengekalkan khidmat Cassio De Jesus sebagai pemain import dan mahu berbincang jika ada pasukan yang mahukan khidmat Mohammed Ghaddar dan Do Dobg-hyun.

    Kami berpendapat KAFA boleh mengambil khidmat Oman Kharbin kerana kemampuan serta kebolehan yang dimiliki sebagai seorang pemain penyerang adalah sangat luar biasa. Kelantan akan menjadi pasukan yang berbahaya jika mereka ada Kharbin di bahagian serangan.

    Lihat saja pencapaian beliau bersama Al-Hilal musim lalu. Itu saja sudah membuktikan bahawa Kharbin ini merupakan antara penyerang terbaik di rantau Asia.

    Apa pendapat anda mengenai khabar yang mengatakan Omar Kharbin berada dalam radar pasukan Kelantan? Jika benar beliau menyertai pasukan bimbingan Fajr Ibrahim, mampukah Kahrbin menjulang pasukan Kelantan?

    Atau pasukan Kelantan perlu mencari penyerang lain yang jauh lebih berkaliber dan tajam berbanding Kharbin?

    Baca Juga: Hanya Kekalkan Cassio? Besar Risiko Tu

    Leave a comment

    Your email address will not be published.