• Ore mudo klate keno jadi biso. Haa itulah yang diperlukan daripada pemain muda pasukan Kelantan apabila anak-anak buah bimbingan Fajr Ibrahim ini akan bertandang ke Stadium KLFA, Cheras untuk menghadapi pasukan Kuala Lumpur esok.

    Pasukan Kelantan tewas di tangan PKNP FC pada perlawanan terakhir Liga. Kekalahan ini membuatkan Kelantan masih lagi menduduki zon penyingkiran di samping pasukan Negeri Sembilan. Jadi pada perlawanan esok, mereka wajib untuk mengutip tiga mata penuh bagi keluar daripada zon penyingkiran.

    Ketua jurulatih, Fajr Ibrahim dijangka akan menurunkan barisan pemain muda untuk membawa cabaran pasukan. Berkemungkinan besar pemain import baru, Alaeddine Bouslimi bakal diturunkan bagi digandingkan dengan Cassio De Jesus di bahagian pertahanan.

    Bagi pasukan ibu kota pula, mereka juga mengalami kekalahan pada perlawanan terakhir Liga apabila tewas di tangan PKNS FC dengan keputusan 3-2. Kekalahan tersebut menyebabkan Kuala Lumpur kekal berada di tangga ke-9, dua mata dibezakan dengan lawan mereka esok.

    Penulis berpendapat ketua jurulatih Kuala Lumpur, Fabio Maciel bakal menurunkan penyerang import, Guilherme De Paula dalam kesebelasan utama setelah beliau berjaya menjaringkan satu gol ketika perlawanan menentang PKNS FC. Berkemungkinan besar Guilherme bakal digandingkan dengan Paulo Josue di barisan seangan.

    Walau apa pun, kedua-dua pasukan perlu mengutip tiga mata penuh sekiranya mahu menjarakkan diri dengan zon penyingkiran. Terutamanya pasukan Kelantan yang menduduki zon tersebut ketika ini. Jika berjaya mengutip tiga mata penuh, maka pasukan tersebut akan semakin dekat dengan kelompok pertengahan Liga.

    Ore mudo klate sekali lagi akan menjadi tumpuan pada perlawanan ini. Sama ada mereka mampu untuk mengulangi prestasi cemerlang ketika Kelantan menewaskan pasukan Kuala Lumpur dengan keputusan 4-2, atau pemain Kuala Lumpur berjaya menyekat kemaraan mereka.

    Apa pendapat anda mengenai perlawanan diantara pasukan Kelantan menentang Kuala Lumpur ? Mampukah pasukan muda Kelantan menewaskan Kuala Lumpur ? Atau pemain senior The City Boys bakal memperoleh kemenangan pada perlawanan esok ?

    Baca Juga: Satu Kehilangan Besar Buat Kelantan

    Leave a comment

    Your email address will not be published.