• Bekas ketua jurulatih pasukan Selangor yang direhatkan pada awal musim ini, P.Maniam mendapat peluang kedua apabila diberi tugas sebagai Pengarah Teknikal Persatuan Bola Sepak Selangor (FAS).

    Perkara tersebut telah disahkan oleh P.Maniam sendiri selepas mengadakan perbincangan bersama persatuan tersebut hari ini. P.Maniam juga diberi tanggungjawab untuk memantau kemajuan pasukan bawah 19 tahun Selangor dan akan memulakan tugas beliau hari ini.

    Pelantikan P.Maniam sebagai Pengarah Teknikal Persatuan Bola Sepak Selangor ini nyata mengejutkan peminat pasukan Selangor. Mereka menyangka P.Maniam sudah tiada kena mengena dengan pasukan Gergasi Merah tersebut.

    Akan tetapi, FAS memberikan satu tugas baru kepada P.Maniam. Menurut bekas ketua jurulatih Air Asia FC ini, menerima dengan hati yang terbuka dan menganggap ini jalan penyelesaian yang baik yang telah ditawarkan oleh FAS selepas mereka merehatkan beliau.

    Tambah P.Maniam lagi, beliau masih lagi berminat dengan bidang kejurulatihan dan akan mempertimbangkan sebarang tawaran daripada mana-mana pasukan pada masa akan datang.

    Kami berpendapat tugas sebagai Pengarah Teknikal adalah satu cabaran yang baru bagi P.Maniam. Pengurusan pasukan juga akan mengharapkan keputusan yang memberangsangkan daripada P.Maniam.

    Sama ada P.Maniam mampu untuk menjalankan tugas tersebut atau tidak itu semua tergantung kepada P.Maniam sendiri. Mungkin beliau boleh menghubungi pengarah teknikan Johor Darul Ta’zim, Alistair Edwards bagi meminta nasihat dan juga bimbingan.

    Apa pendapat anda mengenai pelantikan P.Maniam sebagai Pengarah Teknikal Persatuan Bola Sepak Selangor (FAS)? Mampukah beliau menjalankan tugas baru beliau dengan baik?

    Atau pengurusan pasukan Selangor perlu mengambil individu lain yang lebih layak dan sesuai untuk jawatan tersebut? Mari kongsikan pandangan anda bersama kami.

    Baca Juga: #ManiamOut Menjadi Kenyataan

    Leave a comment

    Your email address will not be published.