• Pahang gagal untuk mendekatkan jarak mereka dengan pasukan Perak dan Johor Darul Ta’zim apabila tewas dengan keputusan 2-0 di tangan Kedah semalam. Walaupun menurunkan dua pemain import baru pasukan, namun ianya tidak dapat membantu Pahang untuk mengelak daripada kekalahan.

    Dollah Salleh menurunkan Issey Nakajima dan Austin Amutu dalam kesebelasan utama pasukan pada perlawanan semalam. Issey diletakkan di posisi sayap kiri dan Amutu digandingkan dengan Patrick Cruz di bahagian hadapan. Namun, kedua-dua pemain ini memberikan impak yang sedikit buat pasukan.

    Barisan serangan Pahang dilihat tumpul dengan kurangnya percubaan ke arah pintu gol pasukan lawan. Ketiadaan Mohamadou Sumareh yang tidak dapat diturunkan akibat daripada kecederaan menyukarkan lagi usaha mereka untuk mencari gol.

    Berbeza pula dengan pasukan Kedah yang dilihat lebih mendominasi perlawanan semalam. Namun, sebelumnya barisan serangan Kedah tampak sedikit kucar-kacir dengan Andik tidak berfungsi dengan baik apabila diletakkan sebagai fase 9 pasukan.

    Apabila Andik dikeluarkan dan digantikan dengan Akhyar Rashid, barulah barisan serangan Kedah lebih kemas dan lebih berdisiplin. Seorang lagi pemain yang menurut kami menjadi pemain terbaik Kedah pada perlawanan semalam ialah Liridon Krasniqi.

    Pemain tengah Kedah ini nyata berada di dalam keas yang tersendiri apabila beliau menjadi nadi kepada gerakan serangan pasukan Kedah.

    Dengan kemenangan semalam, Kedah kini berkongsi mata yang sama dengan pasukan Pahang dan Terengganu FC iaitu dengan kutipan 18 mata. Ini adalah satu peningkatan yang ketara ditunjukkan oleh pasukan Kedah.

    Bagi pasukan bimbingan Dollah Salleh pula, mereka gagal untuk mendekatkan jarak dengan pasukan Perak dan juga JDT di tangga teratas Liga. Mujur pasukan di tangga kedua, Perak juga mengalami nasib yang sama apabila tewas kepada Terengganu FC.

    Apa pendapat anda mengenai kekalahan pasukan Pahang ditangan Kedah semalam ? Adakah kekalahan semalam menjejaskan peluang Pahang untuk mencabar kejuaraan Liga Super musim ini ?

    Dan mampukah Kedah mengekalkan rentak kemenangan mereka pada perlawanan akan datang ?

    Baca Juga: Paulo Rangel Semakin Hampir Untuk Menyertai Kedah

    Leave a comment

    Your email address will not be published.