• Pasukan Pahang terpaksa menelan kekalahan di tangan pasukan Terengganu FC semalam. Jaringan tunggal Faiz Nasir sudah cukup membuatkan pasukan bimbingan Dollah Salleh kekal di tangga ketiga. Di sini penulis mempunyai pertanyaan. Adakah Pahang merindui kelibat Chan Vathanaka di bahagiaj sayap pasukan pada perlawanan semalam?

    Dollah menurunkan Faisal Halim dan Wan Zaharulnizam di bahagian sayap pada perlawanan semalam. Kedua-dua pemain ini dilihat gagal untuk membantu bahagian serangan seperti mana Mohamadou Sumareh dan Chan Vathanaka lakukan sebelum ini. Larian-larian dari sebelah tepi dilihat kurang berbahaya berbanding larian Sumareh dan Vathanaka.

    Pada perlawanan semalam, Sumareh diletakkan di bangku simpanan oleh Dollah. Khabarnya, beliau mengalami sedikit kecederaan dan tidak dapat diturunkan dalam kesebelasan utama. Pengganti Vathanaka, Issey Nakajima pula tidak dapat diturunkan kerana masalah pendaftaran.

    Penulia berpendapat jika ada Vathanaka di dalam kesebelasan utama pada perlawanan semalam, maka pasukan Pahang sedikikit-sebanyak boleh menampung ketiadaan Sumareh. Larian-larian pantas Vathanaka dari sebelah kiri boleh membantu Patrick Cruz dan R. Kogileswaran di bahagian hadapan.

    Walaupun tidak boleh menjaringkan gol, tapi hantaran silang serta kebolehan untuk mengkucar-kacirkan pertahanan lawan yang dimiliki oleh Vathanaka boleh dimanfaatkan semalam.

    Namun, pihak pengurusan Pahang serta jurulatih pasukan telah membuat keputusan. Jadi, apa yang pasti, diharapkan Issey Nakajima segera menyesuaikan diri dengan corak permainan yang akan diterapkan.

    Penting untuk Pahang untuk segera mengutip kemenangan agar tidak tertinggal jauh di belakang Perak dan Johor Darul Ta’zim.

    Apa pendapat anda mengenai corak permainan Pahang tanpa kelibat Chan Vathanaka dan Mohamadou Sumareh? Mampukah mereka mengutip kemenangan pada perlawanan akan datang?

    Baca Juga: Menggugurkan Chan Vathanaka Tindakan Yang Tepat?

    Leave a comment

    Your email address will not be published.