• Pasukan Selangor tidak bernasib baik apabila jaringan Hafiz Ramdan pada minit-minit akhir perlawanan memberikan satu mata buat PKNP FC. Selangor berjaya mendominasi perlawanan semalam namun mereka dilihat terlalu selesa setelah mendahului satu gol.

    Ketua jurulatih Selangor, Nazliazmi Nasir dilihat membuat pertukaran di bahagian pertahanan apabila menggandingkan Willian Pacheco dan Alfonso De La Cruz di posisi pertahanan tengah manakala Amirul Haziq Rasmizal di bahagian kanan.

    Walaupun pada mulanya dilihat sedikit goyah, namun barisan pertahanan Selangor berjaya menunjukkan persembahan yang baik dengan mematahkan segala gerakan serangan pasukan PKNP FC yang diketuai Franklin Anzite, Yeon Gi-sung dan Shahrel Fikri Fauzi.

    Akan tetapi, barisan serangan Selangor dilihat sedikit bergelut untuk mencipta peluang sekaligus jaringan. Pada separuh masa pertama, tiada gerakan berbahaya ditujukan kepada barisan pertahanan PKNP. Hanya pada separuh masa kedua, barisan serangan Selangor mula berfungsi dan menghasilkan satu gol.

    Bagi pasukan PKNP FC pula, walaupun perlawanan didominasi oleh pasukan lawan semalam, namun serangan bertali arus mereka pada penghujung perlawanan nyata membuahkan hasil apabila berjaya mendapat gol pada masa kecederaan.

    Namun, pasukan bimbingan Abu Bakar Fadzim ini harus memperkemaskan sedikit barisan serangan kerana mereka dilihat mudah untuk diatasi oleh pemain pertahanan Selangor semalam. Shahrel Fikri juga tidak berjaya beraksi seperti ketika mereka menewaskan Kelantan pada Rabu.

    Apa yang pasti, walaupun mendapat keputusan seri, tetapi barisan pertahanan Selangor menunjukkan peningkatan berbanding perlawanan seterusnya. Hanya saja mereka gagal untuk memberi perhatian yang lebih minit-minit terakhir perlawanan.

    Selangor dan PKNP FC juga perlu memberbaiki beberapa aspek untuk memantapkan lagi prestasi pasukan. Aspek serangan menjadi bahagian yang perlu diberi perhatian yang lebih oleh kedua-dua jurulatih kerana pada perlawanan semalam, barisan serangan kedua-dua pasukan dilihat sedikit bergelut.

    Apa pendapat anda mengenai keputusan seri diantara pasukan Selangor menentang PKNP FC ? Adakah pasukan Selangor tidak bernasib baik pada perlawanan semalam ? Atau mereka sememangnya gagal untuk bermain dengan baik ?

    Baca Juga: Selangor Perlu Waspada Ancaman PKNP FC

    Leave a comment

    Your email address will not be published.