• Setelah penyerang import pasukan, Pablo Pallares gagal untuk mempamerkan prestasi terbaik, pengurusan pasukan Kedah kemudiannya mencari pengganti bagi mengisi posisi sebagai penyerang utama pasukan. Ada beberapa nama yang dikaitkan dengan pasukan Kedah seperti Ken Ilso Larsen dan Sylvano Comvalius. Akan tetapi, ada satu nama yang berkemungkinan besar menjadi pilihan pengurusan pasukan Kedah. Nama tersebut adalah Paulo Rangel.

    Nama Rangel sudah tidak asing lagi dalam saingan Liga Malaysia. Beliau mewakili pasukan Perak ketika pertama kali datang ke saingan Liga Malaysia pada 2013. Beliau berjaya menjaringkan 9 gol dalam saingan Liga Super. Rangel kemudiannya menyertai pasukan Selangoor pada 2014 dan berjaya menjadi penjaring terbanyak Liga dengan perolehan 16 gol.

    Rangel kemudiannya menyertai Terengganu pada 2015 dan kemudiannya Johor Darul Ta’zim pada 2016 sebelum diturunkan pangkat ke Johor Darul Ta’zim II. Rekod jaringan Rangel dalam saingan Liga Malaysia sememangnya baik. Beliau mampu untuk menjaringkan gol ke mana pun beliau pergi. Namun, beliau merupakan seorang pemain yang panas baran di atas padang.

    Jika pengurusan Kedah tidak memandang sikap panas baran Rangel ini sebagai satu halangan, maka Rangel adalah penyerang yang sesuai untuk menggantikan Pablo Pallares sebagai penyerang utama pasukan Kedah. Lihat saja rekod jaringan beliau ketika bermaiin dalam saingan Liga Malaysia selama empat musim. Memang tidak boleh dinafikan yang beliau ini adalah penyerang yang prolifik.

    Apa yang perlu dilakukan oleh Paulo Rangel adalah beliau hanya perlu membentuk keserasian dengan corak permainan yang diterapkan oleh Nidzam Adha. Beliau tidak perlu menyesuaikan diri dengan persekitaran kerana beliau pernah bermain di Malaysia.

    Apa pendapat anda mengenai Paulo Rangel yang dikhabarkan dalam radar pasukan Kedah untuk menggantikan Pablo Pallares sebagai penyerang utama pasukan Kedah ? Mampukah beliau menggalas tanggungjawab sebagai penyerang utama ?

    Baca Juga: Sylvano Comvalius Ganti Pablo Pallares ?

    Leave a comment

    Your email address will not be published.