• Pasukan Pahang berpeluang untuk mengejar Perak an Johor Darul Ta’zim yang menduduki tangga kedua dan pertama Liga Super apabila akan menentang Kuala Lumpur hari ini di Stadium Darul Makmur. Pahang ketika ini ketinggalan dua mata di belakang Perak dan sepuluh mata di belakang JDT.

    Pasukan bimbingan Dollah Salleh ini tewas kepada Kedah pada Selasa lalu. Kekalahan tersebut membuatkan mereka kekal di tangga ketiga dan berkongsi mata bersama pasukan Terengganu FC dan juga Kedah.

    Untuk menghadapi Kuala Lumpur hari ini, kami menjangkakan Dollah hanya akan membuat satu atau dua pertukaran dalam kesebelasan utama beliau. Pada perlawanan menentang Kedah, Mohamadou Sumareh tidak dapat diturunkan kerana kecederaan. Selain Sumareh, kami menjangkakan Afif Amiruddin juga akan kembali diturunkan.

    Bagi pasukan ibu kota pula, kemenangan besar ke atas Kelantan pada Selasa nyata memberi suntikan moral kepada para pemain. Kemenangan tersebut juga berjaya memperbaiki kedudukan Kuala Lumpur dalam carta liga dimana mereka kini menduduki tanga kelapan.

    Dari segi pemain yang akan diturunkan dalam kesebelasan utama, kami merasakan Fabio Maciel akan mengekalkan kesebelasan utama yang sama pada perlawanan malam ini. Sudah pasti Paulo Josue dan Guilherme De Paula akan menjadi harapan utama Kuala Lumpur bagi merobek gawang pasukan lawan malam ini.

    Penting untuk Pahang mengutip tiga mata penuh dalam perlawanan malam ini. Mereka tidak boleh keciciran mata andai mahu mencabar mahkota kejuaraan Liga Super musim ini. Jika berjaya mengutip tiga mata penuh, Pahang akan menduduki tangga kedua sekurang-kurangnya sebelum Perak menentang adik mereka iaitu PKNP FC.

    Kemenangan untuk pasukan Kuala Lumpur pula akan mengukuhkan lagi kedudukan mereka dalam kelompok pasukan pertengahan liga.

    Apa pendapat anda mengenai perlawanan diantara pasukan Pahang menentang Kuala Lumpur malam ini ? Mampukah Pahang mengutip tiga mata penuh sekaligus mengejar pasukan Perak dan juga Johor Darul Ta’zim ?

    Atau malam ini Kuala Lumpur bakal mencipta kejutan dengan mengutip tiga mata penuh di Stadium Darul Makmur ?

    Baca Juga: Pahang Gagal Untuk Mendekatkan Jarak

    Leave a comment

    Your email address will not be published.