• Pasukan Pahang akan melayan kunjungan Terengganu FC dalam perlawanan Liga Super 2018 malam ini. Setelah hanya mmapu seri menentang Kedah pada perlawanan terakhir, ini adalah peluang Pahang untuk mereka merampas semula kedudukan kedua dalam carta Liga daripada pasukan Perak.

    Untuk memperkemaskan pasukan, Pahang telah membawa masuk Issey Nakajima Farran dan Austin Amutu bagi menggantikan Chan Vathanaka dan Francis Forkey Doe. Namun, peminat tidak dapat melihat kelibat Issey malam ini kerana masalah pendaftaran beliau. Besar kemungkinan peminat hanya akan melihat kelibat Austin Amutu malam ini.

    Jika Austin diturunkan, beliau dilihat bakal digandingkan dengan Patrick Cruz di bahagian hadapan. Untuk posisi yang lain pula, kami menjangkakan tidak banyak perubahan yang akan dilakukan melainkan posisi sayap kiri yang mungkin diisi oleh Faisal Halim.

    Bagi pasukan Terengganu FC pula, mereka sangat perlukan kemenangan setelah tewas pada perlawanan terakhir Liga kepada pasukan Perak tempoh hari. Jika berjaya mengutip 3 mata penuh, maka jarak mereka dengan tiga pasukan teratas akan semakin dekat.

    Terengganu akan diperkuatkan dengan kehadiran Kipre di bahagian serangan. Selain Kipre, kami merasakan Faiz Nasir dan Abdul Malik Mat Ariff bakal diturunkan bagi mengisi posisi sayap. Ketiadaan kedua-dua pemain ini sedikit sebanyak menjejaskan pasukan Terengganu FC.

    Walau apa pun, perlawanan malam ini dijangka menarik kerana kedua-dua pasukan mempunyai kelebihan yang tersendiri. Pahang berjaya memenangi perlawanan diantara kedua-dua pasukan di laman Terengganu. Selain merampas tempat kedua, ini juga peluang Pahang untuk memenangi dua perlawanan diantara kedua-dua pasukan dalam saingan Liga.

    Apa pendapat anda mengenai perlawanan di antara pasukan Pahang menentang Terengganu FC? Pasukan mana yang akan mengutip tiga mata penuh pada malam ini?

    Baca Juga: Kegagalan Manfaat Peluang Bawa Padah Buat Pahang

    Leave a comment

    Your email address will not be published.