• Pasukan Kedah akan bertandang ke Stadium KLFA bagi menghadapi pasukan Selangor dalam perlawanan Liga Super 2018. Perlawanan malam ini adalah satu peluang yang baik buat penyerang import baru Kedah, Paulo Rangel untuk membuktikan bahawa beliau adalah pengganti yang sesuai.

    Rangel dibawa masuk bagi menggantikan penyerang import sedia ada, Pablo Pallares yang gagap untuk menunjukkan prestasi terbaik beliau setakat ini. Pada awap musim ini, Kedah dilihat sedikit bergelut terutamanya di bahagian serangan.

    Kami berpendapat keputusan pengurusan pasukan Kedah untuk membawa masuk Rangel adalah satu keputusan yang baik. Beliau sebelum ini pernah bermain dalam saingan Liga Malaysia dan juga sudah terbukti bahawa beliau adalah mesin gol yang digeruni terutama sekali ketika beliau mewakili pasukan Selangor.

    Pasukan Kedah sudah pasti bakal menggunakan corak permainan yang sedikit berbeza berbanding empat perlawanan sebelum ini jika mereka menurunkan Rangel dalam kesebelasan utama.

    Ini kerana Rangel adalah seorang penyerang tulen dan bukannya false nine. Mungkin Kedah akan bermain seperti ketika mereka mempunyai Ken Ilso Larsen sebagai penyerang utama.

    Penting untuk Rangel segera menyeusaikan diri dengan corak permainan yang digunakan oleh Nidzam Adha dan mula menjaringkan gol. Ini kerana Kedah ketika ini sedang dalam usaha untuk mengejar kelompok tiga pasukan terwtas dalam carta Liga. Jadi mereka tidak boleh keciciran mata.

    Bagi lawan mereka pula, Selangor juga perlu mengutip tiga mata penuh bagi menjarakkan diri daripada zon penyingkiran. Setelah perlawanan menentang PKNP FC pada Rabu lalu ditunda akibat masalah lampu limpah, Selangor perlukan kemenangan bagi memperbaiki kedudukan mereka.

    Kami menjangkakan Nazliazmi tidak akan membuat sebarang pertukaran dalam kesebelasan utama melainkan di bahagian pertahanan dimana Willian Pacheco digantung satu perlawanan. Besar kemungkinan ketua pasukan, Razman Roslan bakal mengisi tempat yang ditinggalkan oleh Pacheco.

    Apa pendapat anda mengenai perlawanan diantara pasukan Kedah menentang pasukan Selangor malam ini? Mampukah Paulo Rangel mencipta impak jika beliau diturunkan?

    Baca Juga: Paulo Rangel Semakin Hampir Sertai Pasukan Kedah

    Leave a comment

    Your email address will not be published.