• Pasukan Perak akan melayan kunjungan Terengganu FC dalam perlawanan Liga Super 2018 malam ini. Perlawanan malam ini adalah peluang Perak untuk mengambil kedudukan pasukan Pahang di kedudukan kedua dalam carta Liga Super.

    Setelah menewaskan Melaka United pada Rabu, Perak kini menghuni tangga ketiga Liga dengan hanya dibezakan dua mata di belakang pasukan Pahang. Untuk menentang Terengganu, Mehmet Durakovic akan bergantung kepada trio samba iaitu Gilmar Da Silva, Wander Luiz dan Leandro Dos Santos untuk memberi tekanan kepada barisan pertahanan Terengganu FC.

    Selain barisan serangan, Perak juga perlu memberi perhatian kepada barisan pertahanan apabila mereka akan berdepan dengan barisan serangan Terengganu yang boleh dikatakan berbahaya.

    Bagi pasukan Terengganu FC pula, berkemungkinan besar mereka bakal diperkuatkan oleh ketua pasukan sekaligus penyerang utama, Kipre Tchetche untuk perlawanan malam ini setelah beliau terpaksa disisihkan dalam dua perlawanan terakhir.

    Kemenangan juga penting buat Terengganu untuk mendekatkan mereka dengan kedudukan tiga pasukan terbaik dalam carta Liga. Ketika ini, mereka berada di tangga kelima dengan perolehan 12 mata.

    Apa yang pasti, perlawanan antara kedua-dua pasukan malam ini akan menjadi satu perlawanan yang sengit kerana kedua-dua pasukan mencari kemenangan untuk mengukuhkan kedudukan mereka.

    Barisan serangan Perak dilihat lebih dominan. Namun, jika Kipre tersenarai dalam kesebelasan utama malam ini, maka barisan serangan kedua-dua pasukan akan menjadi sama kuat.

    Apa pendapat anda mengenai perlawanan antara Perak menentang Terengganu FC malam ini? Mampukah Perak menewaskan Terengganu FC sekaligus mengambil alih kedudukan Pahang di tempat kedua dalam carta Liga?

    Atau Terengganu akan merosakkan peluang Perak hari ini dan mengutip kemenangan?

    Baca Juga: Pahang Terlalu Bagus Buat Terengganu FC

    Leave a comment

    Your email address will not be published.