• Pemain yang pernah menjadi sebahagian daripada pasukan yang memenangi pingat emas Sukan SEA 2011, Syahrul Azwari menyertai pasukan Melaka United bagi menghadapi baki saingan musim 2018. Kami berpendapat ini adalah peluang Syahrul untuk beliau mengembalikan sentuhan emas seperti 2011 lalu.

    Syahrul memulakan karier profesional dengan gemilang apabila dipanggil Datuk Ong Kim Swee bagi mewakili Malaysia dalam kejohanan Sukan SEA 2011. Dan semenjak itu, Syahrul menjadi antara pemain sayap terbaik yang dimiliki oleh Malaysia.

    Namun, rentetan kecederaan dan aksi yang tidak konsisten telah menjejaskan perjalanan karier Syahrul. Aksi beliau bersama Sarawak dan Johor Darul Ta’zim II tidaklah seperti yang diharapkan apabila Syahruo gagal untuk menunjukkan prestasi yang baik.

    Bersama JDT II, Syahrul juga gagal untuk mengembalikan sentuhan emas beliau. Syahrul juga kerap dilihat memanaskan bangku simpanan JDT II dan jarang diturunkan dalam kesebelasan utama.

    Kami berpendapat keputusan beliau untuk menyertai Melaka United secara pinjaman sehingga hujung musim ini adalah satu keputusan yang baik. Bersama Melaka, Syahrul boleh bermain di tahap yang lebih tinggi dan akan menghadapi cabaran yang lebih sukar.

    Amat disayangkan sebenarnya apabila kita melihat pemain seperti Syahrul Azwari bermain dalam saingan Liga Perdana. Pemain seperti beliau seharusnya bermain dalam saingan Liga Super dan mendapat pendedahan yang kerap.

    Kami juga melihat Melaka akan mendapat manfaat daripada adanya Syahrul dalam pasukan mereka. Pemain sayap Melaka setakat ini tidak menunjukkan prestasi yang baik.

    Jadi, dengan adanya Syahrul, ketua jurulatih Melaka United, E.Elavarasan akan mempunyai pilihan yang lebih banyak.

    Apa pendapat anda mengenai Syahrul Azwari yang menyertai pasukan Melaka United secara pinjaman? Mampukah beliau menemukan semula sentuhan emas seperti mana ketika membantu Malaysia memenangi pingat emas Sukan SEA 2011 lalu?

    Baca Juga: Jadual Bolasepak Kita, Adakah Ianya Perlu Ditukar?

    Leave a comment

    Your email address will not be published.