• Pasukan Kelantan akan menentang Negeri Sembilan dalam perlawanan Liga Super. Perlawanan malam ini boleh dikatakan perlawanan penentuan musim mereka dalam saingan Liga Super 2018. Sehingga saat ini, Kelantan masih lagi menduduki zon penyingkiran dan hanya mampu mengutip lapan mata. Penulis berpendapat perlawanan ini adalah peluang terakhir Fajr Ibrahim untuk beliau membuktikan yang beliau masih lagi individu yang tepat untuk mengendalikan pasukan.

    Fajr diktriki hebat oleh peminat selepas Kelantan dimalukan pada Selasa lalu dimana mereka dibelasah Kuala Lumpur dengan keputusan 5-1. Keengganan Fajr untuk menggunakan pemain seperti Do Dong-hyun dan Farisham Ismail menambahkan lagi amarah peminat terhadap beliau.

    Semenjak dilantik sebagai jurulatih pasukan Kelantan, Fajr hanya mampu mencatat satu kemenangan tepatnya ketika Kelantan menewaskan Kuala Lumpur di Kota Bharu.

    Lawan mereka malam ini juga berada dalam zon penyingkiran dengan menduduki tangga tercorot Liga. Negeri Sembilan hanya mampu memgutip 5 mata setakat in8 dalam saingan Liga. Sama seperti Kelantan, Negeri Sembilan juga dilanda pelbagai masalah musim ini.

    Jika berjaya mengutip tiga mata penuh, maka Kelantan akan keluar dari zon penyingkiran. Ini akan memberikan sedikit kelegaan terhadap para pemain dan juga Fajr Ibrahim.

    Dari segi barisan pemain pula, penulis menjangkakan Fajr tidak akan membuat sebarang pertukaran dan akan terus menggunakan khidmat pemain muda.

    Akan tetapi, jika Kelantan tewas malam ini, maka usaha pasukan untuk keluar dari zon penyingkiran akan semakin sukar. Negeri Sembilan akan mempunyai kutipan mata yang sama dengan Kelantan. Dan jika ini berlaku, maka presiden Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA), Bibi Ramjani Ilias Khan perlu menilai semula ptestasi Fajr.

    Walau apa pun, menarik untuk kita saksikan pertembungan diantara dua pasukan di tangga tercorot ini. Diharapkan kedua-dua pasukan akan menampilkan persembahan terbaik mereka dan cuba untuk mengutip 3 mata penuh.

    Apa pendapat anda mengenai perlawanan antara Kelantan menentang Negeri Sembilan malam ini? Adakah perlawanan malam ini menjadi peluang terakhir Fajr Ibrahim untuk membuktikan bahawa beliau masih lagi relevan?

    Baca Juga: Ketepikaj Ego Anda Wahai Fajr Ibrahim!

    Leave a comment

    Your email address will not be published.