• Pasukan Kelantan hari ini akan menentang PKNP FC dalam perlawanan Liga Super 2018. Setelah berjaya menewaskan Kuala Lumpur tempoh hari, perlawanan hari ini merupakan peluang terbaik untuk pemain muda Kelantan mengekalkan momentum cemerlang mereka.

    Pemain muda seperti Nik Akif Syahiran dan Nik Azli telah mencipta impak yang sangat luar biasa sejak diberi kepercayaan untuk diturunkan dalam kesebelasan utama. Buktinya ialah ketika menewaskan pasukan Kuala Lumpur dalam perlawanan terakhir. Kedua-dua pemain ini dengan mudah mengkucar-kacirkan barisan pertahanan Kuala Lumpur.

    Sudah pasti mereka akan diturunkan pada perlawanan malam ini. Nik Akif dan Nik Azli berkemungkinan besar bakal membantu Shafiq Shahruddin yang akan bertindak sebagai penyerang utama. Kami menjangkakan Fajr Ibrahim hanya akan menurunkan Cassio De Jesus sebagai satu-satunya pemain import dalam kesebelasan utama.

    Bagi pasukan PKNP FC pula, mereka sudah pasti mahu mencari kemenangan setelah berjaya mengikat pasukan Selangor pada perlawanan terakhir. Kami menjangkakan barisan pemain yang diturunkan akan sedikit berbeza kerana PKNP telah melepaskan beberapa pemain import.

    Apa yang pasti, Shahrel Fikir bakal mengetuai barisan serangan PKNP malam ini. Beliau menjadi tunjang utama apabila PKNP berjaya menewaskan Kelantan pada perlawanan di Stadium Negeri.

    Walau apa pun, kedua-dua pasukan mahu mengutip 3 mata penuh untuk memperbaiki kedudukan mereka. Jika berjaya mengutip kemenangan, maka Kelantan akan keluar dari zon penyingkiran. Bagi PKNP pula, mereka akan menduduki kelompok pertengahan Liga jika berjaya mencatat kemenangan.

    Apa pendapat anda mengenai perlawanan antara pasukan Kelantan menentang PKNP FC malam ini? Untuk pemain muda Kelantan, mampukah mereka mengekalkan prestasi cemerlang mereka?

    Atau PKNP akan menewaskan Kelantan sekali lagi?

    Baca Juga: Masa Depan Pasukan Kelantan Cerah

    Leave a comment

    Your email address will not be published.