• Pasukan Perak berjaya menafikan kebangkitan PKNP FC apabila Gilmar Da Silva berjaya menjaringkan gol kemenangan pada minit-minit terakhir perlawanan untuk memberikan tiga mata penuh buat pasukan bimbingan Mehmet Durakovic.

    Perak bermula dengan baik apabila berjaya menjaringkan gol pada minit-minit awal permainan. Namun, kelekaan pada separuh masa kedua nyata berjaya dimanfaatkan oleh pasukan lawan apabila mereka berjaya mendahului.

    Mujur serangan bertali arus yang dilancarkan oleh pemain Perak membuahkan hasil apabila mereka berjaya menjaringkan tiga gol bagi memastikan Perak merampas semula tempat kedua dalam carta Liga daripada pasukan Pahang.

    Anak-anak buah Mehmet Durakovic berjaya menampilkan satu persembahan yang berbeza berbanding perlawanan lalu apabila mereka lebih berbahaya di bahagian serangan dengan kembalinya Gilmar Da Silva. Perak kembali bermain bola sepak seperti biasa dan mereka berjaya menjaringkan gol.

    Hanya saja kelekaan di bahagian pertahanan hampir memusnahkan impian Perak untuk mengutip tiga mata penuh pada perlawanan semalam. Ketiadaan pertahanan import, Robert Cornthwaithe nyata membuatkan barisan pertahanan Perak sedikit goyang.

    Bagi PKNP FC pula, mereka tidak bernasib baik apabila kesilapan barisan pertahanan yang menghadiahkan sepakan penalti kepada pasukan lawan pada minit-minit akhir perlawanan.

    Kegagalan pemain PKNP FC untuk menumpukan sepenuh perhatian dan membenarkan pemain Perak untuk terus mengasak ketika mereka sedang mendahului 3-1 juga menjadi punca PKNP tewas kepada abang mereka.

    Kemenangan semalam membolehkan mereka merampas semula tempat kedua dalam carta Liga daripada pasukan Pahang. Mereka berkelebihan dua mata di hadapan pasukan Pahang, Terengganu FC dan juga Kedah dan lima mata di belakang pasukan pendahulu, Johor Darul Ta’zim yang akan menentang PKNS FC hari ini.

    Apa pendapat anda mengenai kejayaan pasukan Perak menafikan kebangkitan PKNP FC dalam perlawanan semalam sekaligus berjaya mengutip tiga mata penuh? Adakah mereka sememangnya layak untuk meraih kemenangan?

    Atau pasukan PKNP FC memberi ruang yang terlalu besar kepada abang mereka?

    Baca Juga: Perak Bergelut Tanpa Kelibat Gilmar Da Silva Di Bahagian Serangan

    Leave a comment

    Your email address will not be published.