Berita buruk menimpa kem Sepanyol menjelang Piala Dunia yang berbaki 18 hari lagi apabila pemain pertahanan, Dani Carvajal mengalami kecederaan ketika beraksi dalam perlawanan akhir Liga Juara-Juara Eropah menentang Liverpool semalam. Di sini, kami nak menyenaraikan 3 pemain yang boleh dipanggil oleh Julen Lopetegui jika Carvajal gagal untuk pulih daripada kecederaan tersebut.
1. Hector Bellerin
Sumber Gambar: Dream Team
Hector Bellerin menjadi pilihan utama peminat untuk menggantikan Carvajal di posisi pertahanan kanan pasukan. Sedikit mengejutkan beliau tidak dipilih oleh Lopetegui kerana sebelum ini beliau merupakan antara pilihan untuk posisi tersebut.
2. Sergi Roberto
Sumber Gambar: sefutbol
Pemain Barcelona ini mampu bermain di bahagian tengah dan juga di posisi pertahanan kanan. Sergi membantu Barcelona memenangi La Liga dan beliau antara calon yang boleh dipertimbangkan oleh Lopetegui jika Carvajal gagal untuk pulih.
3. Juanfran
Sumber Gambar: alamy.com
Juanfran pernah mewakili pasukan Sepanyol ketika temasya Piala Dunia 2014 lalu. Meskipun bermain dengan baik bersama Atletico Madrid musim ini, Juanfran tidak mendapat tempat dalam pasukan Sepanyol dalam temasya kali ini. Jika Carvajal tidak dapat pulih menjelang temasya di Rusia nanti, Juanfran boleh dipertimbangkan oleh Lopetegui untuk menggantikan pemain Real Madrid ini.
Itulah 3 pemain yang menurut kami boleh dipertimbangkan oleh Julen Lopetegui bagi menggantikan Dani Carvajal jika beliau tidak sempat pulih untuk mewakili Sepanyol dalam temasya Piala Dunia nanti. Sememangnya satu perkara yang amat disayangkan apabila Carvajal terpaksa dikeluarkan hanya selepas 35 minit beraksi untuk Real Madrid.
Apa pendapat anda mengenai tiga pemain yang kami pilih untuk menggantikan Dani Carvajal bagi mengisi kekosongan yang ditinggalkan oleh beliau? Siapa yang akan dipanggil jika kecederaan yang dialami Carvajal memerlukan beliau berehat panjang?
Baca Juga: Kesebelasan Yang Tidak Dipanggil Oleh Julen Lopetegui