• Switzerland telah melayakan diri ke Piala Dunia sebanyak 10 kali dan pernah mara ke peringkat suku akhir pada tahun 1934, 1938 dan sekali lagi pada tahun 1954 ketika mereka menjadi tuan rumah kejohanan. Dari tahun 1970-1990 mereka telah gagal untuk layak sebanyak 6 kejohanan Piala Dunia berturut-turut. Pada kejohanan tahun 2006 mereka tidak lolos walaupun satu gol dalam kempen Piala Dunia itu dan hanya kalah di pusingan kedua  oleh Ukraine melalui tendangan penalti 3-0 dimana mereka gagal menjaringkan satu gol pun dalam pusingan penalty itu.  Switzerland biasanya tiba di kejohanan utama dengan cita-cita yang sederhana. Tetapi di Piala Dunia tahun ini dengan salah satu kelompok pemain yang terbaik pernah dihasilkan oleh negara ini telah mencapai kematangan, cita-cita mereka lebih tinggi.  Ada 4 bintang Swiss yang bakal menyinar di Piala Dunia kali ini.

    Bola sepak Switzerland menuai ganjaran kerja keras yang dilakukan dalam pembangunan belia sedekad yang lalu yang mengetengahkan potensi yang ditawarkan oleh pendatang generasi kedua yang ramai datang dari bekas negara Yugoslavia.

    Skuad Switzerland kali ini penuh dengan pemain yang bermain di liga utama Eropah dan ada 4 bintang swiss yang menjadi kunci kepada baik atau buruknya persembahan mereka di Piala Dunia. 4 Bintang Swiss itu adalah Ricardo Rodriguez, Fabian Schaer, Xherdan Shaqiri dan Granit Xhaka semuanya berusia 20-an dengan pengalaman bermain di Piala Dunia dan kejuaraan Eropah sebelum ini.

    Switzerland telah melonjak ke tangga keenam dalam ranking FIFA, hanya kalah satu daripada 12 perlawanan dalam kempen kelayakan Piala Dunia.  Baru-baru ini mereka telah membenam Panama dengan jaringan 6-0.

    Mari kita lihat serba sedikit tentang 4 Bintang Swiss yang menjadi kunci kepada persembahan pasukan Switzerland tahun ini.

    1 )  Xherdan Shaqiri

    Bintang Swiss

    Sumber Gambar: Daily Mail

    Bintang Swiss yang berusia 26 tahun ini kini bermain untuk pasukan Stoke City di Liga Perdana Inggeris. Musim ini dia telah bermain dalam 36 perlawanan bersama Stoke dengan menjaringkan 8 gol dan 7 “assists“. Posisi terbaik dia untuk Stoke adalah “Attacking Midfielder Centre” dengan menjaringkan 3 gol dan 5 “assists” dalam 15 perlawanan.

    Kekuatan utama Shaqiri adalah apabila dia mengambil “set-pieces”.  Dia juga kuat dalam “through balls”, “key passes”, dan tendangan jarak jauh. Jika ada kelemahan dalam permainan Shaqiri adalah pada “finishing” dan juga sumbangan kepada pertahanan pasukan.

    Bintang swiss ini mengalami kekecewaan musim ini apabila gagal membantu Stoke City untuk kekal di Liga Perdana Inggeris.  Sesudah musim selesai beliau telah membuka pintu untuk pindah ke Tottenham dan mendesak bahawa dia mahu keluar dari Stoke City untuk kelab yang akan bermain di Liga Juara-Juara Eropah musim depan.

    Pemain antarabangsa Switzerland, yang ditandatangani dari Inter Milan pada 2015, mempunyai klausa dalam kontraknya yang membolehkan dia meninggalkan Stoke City pada harga £ 12 juta jika mereka diturunkan liga.

    2 )  Ricardo Rodriguez

    Bintang Swiss

    Sumber Gambar: Zimbio

    Bintang swiss ini merupakan “mainstay ” kepada pasukan Serie A AC Milan di bahagian pertahanan kiri.  Beliau telah bermain sebanyak 45 perlawanan musim ini bersama AC Milan dengan menjaringkan 3 gol and membuat 2 “assists“.  Gol-gol beliau dijaringkan apabila diletakkan di posisi midfielder/defensive midfielder sebelah kiri.

    Rodriguez ditandatangani musim panas lalu oleh AC Milan dari VfL Wolfsburg. Ketika bersama kelab Jerman itu dia dikatakan sebagai salah satu bek kiri terbaik di dunia.  Dengan penilaian itulah membuatkan Milan membelinya dengan bayaran sebanyak £ 13 juta untuk membawanya ke Itali dengan harga itu berpotensi meningkat menjadi £ 15.6 juta.

    Namun setelah satu musim walaupun menjadi mainstay kepada pasukan Milan, Gennaro Gattuso masih tidak berkeyakinan akan mutu permainan pemain antarabangsa Switzerland ini.  Nampaknya Ricardo Rodriguez mungkin dalam perjalanan keluar dari AC Milan selepas hanya satu musim di San Siro.  Milan dikhabarkan mahu membeli Cristiano Biraghi dari Fiorentina pada musim panas ini bagi menggantikan beliau.

    Dengan berita Bintang Swiss mungkin akan dijual, ia telah menarik minat kelab terkemuka Jerman  Borussia Dortmund untuk membuat tawaran bagi membeli pemain tersebut. Ada juga ura-ura bahawa kelab Inggeris Everton juga amat berminat untuk manandatangani beliau bagi menggantikan lagenda mereka Leighton Baines di posisi bek kiri yang dikhabarkan akan ke MLS selepas 11 musim bersama Everton.

    Corak permainan Rodriguez hampir serupa dengan Baines. Pemain kiri yang dapat melakukan tugas pertahanannya, tetapi juga menambah dimensi ekstra dalam serangan.  Bintang Swiss ini mempunyai mutu penghantaran bola yang sangat baik. Beliau juga pakar “set piece”, seperti Baines. Tendangan bebas dan penalti memberi peluang bagi pemain berusia 25 tahun untuk mendapatkan gol.  Tetapi Rodriguez mungkin pemain pertahanan yang lebih baik daripada Baines dan akan mudah diserap masuk ke dalam Liga Perdana Inggeris.

    Musim ini Rodriguez dianggap tidak bermain dengan begitu baik memandangkan reputasi yang telah dibina bersama VfL Wolfsburg sebelum ini. Beliau hanya membuat dua “assists“, kedua-duanya dibuat semasa kempen Liga Europa, gaya permainan bertahan Milan telah menyekat naluri serangan beliau.

    3 )  Granit Xhaka

    Bintang Swiss

    Sumber Gambar: Daily Star

    Kehebatan mutu permainan bintang swiss ini masih menjadi teka-teki musim ini. Adakah dia seorang playmaker yang hebat dengan mutu membaca permainan dan jangkaan pergerakan yang luar biasa disertakan dengan hantaran yang tajam? Atau adakah dia satu liabiliti kepada pasukannya dengan terjahan-terjahan yang keras dan “positioning” defensif yang lemah yang mampu memberikan gol kepada pihak lawan?

    Semusim bersama Arsenal beliau telah bermain dalam 54 permainan dan menyumbang sebanyak 4 gol dan 7 “assists”. Namun yang menjadi tumpuan pada musim ini adalah 12 kad kuning yang beliau perolehi sepanjang musim dan kesilapan-kesilapan yang mengundang padah kepada pasukannya.

    Peminat-peminat Arsenal masih berbelah bagi tentang bintang swiss ini. Penyokong beliau menyatakan musim ini menunjukkan Granit Xhaka adalah satu pemain tengah yang lengkap apabila beliau membuat 2899 hantaran yang meletak dia sebagai pemain nombor 2 terbanyak hantaran dalam liga perdana Inggeris, dan dia berada di nombor 16 untuk jumlah “tackle” yang dibuat sebanyak 72.  Namun pengkritiknya berpendapat dia tidak menjalankan tugas yang baik dari kedua-dua segi tersebut.

    Sebahagian masalah Xhaka adalah di Arsenal mungkin dia bermain dalam kedudukan yang sama dengan Patrick Vieira, oleh itu mengundang perbandingan dengan lagenda Arsenal dan Perancis yang mendominasi bahagian tengah. Namun untuk Switzerland, bintang swiss ini tidak mengalami masalah perbandingan ini.

    Dengan tekanan yang kurang daripada ketika bermain untuk Arsenal, Xhaka mampu menyinar di Rusia selama mana dia dapat menahan barannya ketika bermain yang telah menyaksikan dia dibuang padang sebanyak 11 kali sepanjang penglibatannya dalam bola sepak profesional.

    4 )  Fabian Schaer

    Bintang Swiss

    Sumber Gambar: Pinterest

    Bintang swiss Fabian Schaer telah menandatangani kontrak selama 4 tahun bersama pasukan La Liga Deportivo La Coruna 21 Julai 2017.  Beliau telah bermain dalam perlawan pertamanya untuk Deportivo pada 20 August semasa pasukannya kalah 3-0 kepada Real Madrid.  Bermain di posisi bek tengah untuk Deportivo musim ini, dia telah membuat 25 penampilan dan menjaring 2 gol bersama 2 “assists” musim ini.

    Persembahan beliau musim ini bersama Deportivo agak mengecewakan lalu beliau tidak lagi menjadi “first choice” untuk Deportivo. Namun begitu untuk Switzerland Fabian Schaer membentuk gandingan pertahanan yang kukuh dengan Djourou untuk sebahagian besar kempen kelayakan Piala Dunia dengan sembilan kemenangan berturut-turut sehinggalah kalah 2-0 kepada pemenang kumpulan Portugal.

    Tetapi dengan prestasi Manuel Akanji yang semakin meningkat musim ini, penulis berminat untuk melihat adakah gandingan Schaer dan Djourou akan diteruskan atau Akanji akan menggantikan salah seorang dari mereka dalam kesebelasan utama.

     

    Itulah 4 bintang swiss yang mungkin menyinar di Piala Dunia Russia 2018. Dengan musim yang agak mengecewakan buat keempat-empat mereka, mampukah mereka bangkit dan tinggalkan segala masalah yang dihadapi musim ini dan menyinar membantu Switzerland menjadi salah satu pasukan pilihan dalam Piala Dunia kali ini?

    Sesungguhnya, sekiranya 4 bintang swiss ini mampu menyinar, tidak mustahil bagi Switzerland mencipta sejarah dan memenangi Piala Dunia kali ini sebagai pasukan “underdog”.  Sesungguhnya peminat-peminat bola sepak gemar menyokong pasukan “underdog.

    Anda mungkin mahu membaca tentang pasukan pilihan untuk Kumpulan E DI SINI.

    Ketahui lebih lanjut tentang Pasukan Switzerland di laman nzherald.co.nz

    Sekiranya anda suka artikel ini jangan lupa kongsi dengan rakan-rakan.

     

     

     

    Leave a comment

    Your email address will not be published.