• Temasya Piala Dunia selalunya didominasi oleh pemain dari benua Eropah dan juga benua Amerika terutamanya Amerika Selatan. Jarang kita mendengar pemain dari benua Asia diangkat menjadi pemain terbaik temasya. Di sini, penulis nak senaraikan 5 pemain Asia yang berpotensi untuk mencipta kejutan dalam temasya kali ini.

    1. Son Heung Min

    Sumber Gambar: Hitc.com

    Pemain sayap Tottenham Hotspur ini mempunyai musim yang cukup baik dalam saingan Liga Perdana Inggeris. Beliau berjaya membantu Tottenham layak ke saingan Liga Juara-Juara Eropah pada musim hadapan. Son berjaya menjaringkan 18 gol dalam semua pertandingan buat Tottenham musim ini.

    2. Sardar Azmoun

    Sardar Azmoun

    Pemain yang digelar sebagai “Messi Iran” ini mewakili kelab Rusia, Rubin Kazan bagi saingan musim 2017/2018. Azmoun berjaya menjaringkan 6 gol dan menyumbangkan 3 assist dalam saingan Liga buat Rubin Kazan musim ini.

    3. Aaron Mooy

    Sumber Gambar: ABC

    Huddersfield Town menamatkan saingan EPL musim 2017/2018 di tangga ke-16. Meskipun menamatkan saingan di peringkat bawahan, namun Mooy berjaya menyinar dengan menyumbangkan 4 gol dan 3 assist musim ini.

    4. Shinji Kagawa

    Sumber Gambar: Zimbio.com

    Perancang Borussia Dortmund ini sememangnya antara pemain terbaik dalam sejarah bola sepak Jepun. Musim ini, beliau berjaya menyumbangkan 6 gol dan 3 assist buat Borussia Dortmund dalam semua pertandingan.

    5. Alireza Jahanbakhsh

    Sumber Gambar: Twitter

    Pemain sayap berusia 24 tahun ini berjaya menjaringkan 21 gol buat AZ Alkmaar dalam saingan Eredivisie musim ini. Dengan pencapaian cemerlang Jahanbakhsh musim ini, sudah pasti para peminat ternanti-nanti aksi beliau di Rusia nanti.

    Haa itulah dia 5 pemain Asia yang menurut penulis berpotensi untuk mencipta impak besar dalam temasya Piala Dunia kali ini.

    Meskipun ramai saingan daripada pemain bertaraf dunia yang lain seperti Cristiano Ronaldo dan Neymar, namun tidak mustahil 5 pemain di atas mampu untuk mencipta kejutan. Dalam sukan bola sepak, semuanya boleh berlaku.

    Apa pendapat anda mengenai 5 pemain Asia di atas ? Mampukah mereka mencipta kejutan dan membawa pasukan masing-masing ke peringkat seterusnya ?

    Baca Juga: Belgium Antara Calon Pilihan Untuk Juara

    Leave a comment

    Your email address will not be published.