• Seperti yang kita tahu, pasukan Perancis tidak asing lagi dalam kancah Piala Dunia. Kali ini pasukan Perancis di undi dalam kumpulan C bersama pasukan Australia, Peru dan juga Denmark. Kelihatan pasukan ini mempunyai peluang yang amat cerah untuk menjadi juara kumpulan C dan layak ke peringkat seterusnya.

    Pasukan Perancis terkenal dengan pemain-pemainnya yang berbakat dalam saingan Liga Eropah seperti penyerang sensasi, Antoine Griezmann, pemain tengah yang popular, Paul Pogba dan juga telah melahirkan lagenda-lagenda bolasepak yang sentiasa dalam memori kita, antaranya adalah Zinedine Zidane yang kini menjadi jurulatih pasukan terhebat Liga Sepanyol, Real Madrid. Tak lupa juga pemain sayapnya Frank Ribery dan juga penyerang ternama ketika dulu, Thierry Henry.

    Namun, seperti yang kita tahu, pasukan Perancis mempunyai gelarannya tersendiri seperti pasukan-pasukan yang lain. Apa gelarannya? Les Bleus (The Blues) menjadi gelaran yang tak asing lagi buat pasukan Perancis. Mari kita lihat kenapa nama ini dipilih. Perancis sering dirujuk oleh media dan penyokong sebagai Les Bleus (The Blues), yang merupakan nama gelaran yang dikaitkan dengan semua pasukan sukan antarabangsa kerana warna jersi biru yang dipakai oleh skuad kebangsaan tersebut. Pasukan ini juga dirujuk sebagai Les Tricolores atau L’Equipe Tricolore (Pasukan Tri-warna) kerana penggunaan warna kebangsaan negara itu, iaitu warna biru, putih, dan merah.

    Semasa tahun 1980-an, Perancis juga memperoleh gelaran sebagai “Brazilian Eropah” kerana mendapat penghargaan oleh “carré magique” (“Magic Square”), yang ditabalkan oleh Michel Platini iaitu bekas pemain terbaik sepanjang masa kerana pasukan Perancis mempamerkan gaya permainan ofensif, elegan dan seperti gaya corak permainan pasukan Amerika Selatan.

    Haa, itulah serba sedikit info gelaran yang diberi oleh pasukan Perancis. Diharapkan pasukan Perancis mampu mencipta sejarah baru setelah sekian lama dahagakan Piala Dunia. Mungkinkah Piala Dunia edisi kali ini mampu mereka julang buat kali ketiga dengan barisan yang sedia ada?

    Sumber Rujukan: FourFourTwo

    Jangan lupa untuk baca juga : [Piala Dunia] Ketahui Asal Usul Gelaran “Socceroos”

    Leave a comment

    Your email address will not be published.