Sepanyol sememangnya mempunyai ramai pemain berkualiti dalam pasukan kebangsaan mereka. Untuk temasya Piala Dunia kali ini, pengurus Sepanyol, Julen Lopetegui telah menyisihkan beberapa nama besar dalam pasukan beliau. Di sini, kami akan memberikan anda kesebelasan pemain yang tidak dipilih oleh Julen Lopetegui untuk ke Rusia.
1. Iker Casillas
Sumber Gambar: Goal.com
Penjaga gol legenda Sepanyol ini sudahpun memenangi segala-galanya bersama skuad La Roja sebelum ini. Namun, penjaga gol FC Porto ini harus menyaksikan temasya Piala Dunia 2018 di kaca televisyen selepas Lopetegui tidak memilih beliau.
2. Hector Bellerin
Sumber Gambar: Dream Team
Persembahan right back Arsenal ini sepanjang musim 2017/2018 nyata gagal untuk memikat hati Lopetegui untuk memanggil beliau.
3. Marc Batra
Sumber Gambar: Goal.com
Meskipun beraksi dengan baik bersama Borussia Dortmund musim ini, namun nama Batra tidak tersenarai dalam pasukan yang akan terbang ke Rusia.
4. Javi Martinez
Sumber Gambar: Fifa
Martinez berjaya membantu Bayern Munich mengekalkan kejuaraan Bundesliga musim ini. Namun, itu masih tidak cukupp untuk membuatkan Lopetegui memanggil beliau.
5. Marcos Alonso
Sumber Gambar: ESPN
Pemain wing back Chelsea ini tersenarai dalam Kesebelasan Terbaik Liga Perdana Inggeris musim 2017/2018. Namun, Lopetegui lebih memilih Nacho Monreal sebaga left back pasukan kali ini.
6. Cesc Fabregas
Sumber Gambar: Daily Star
Sama seperti Casillas, Fabregas telah memenangi segala-galanya bersama pasukan Sepanyol. Namun, persembahan beliau musim ini nyata tidak berjaya meyakinkan Lopetegui bahawa beliau boleh di bawa ke Rusia.
7. Ander Herrera
Sumber Gambar: News18
Persembahan pemain kesayangan peminat Manchester United ini tidak berjaya memikat hati Lopetegui untuk membawa beliau ke Rusia.
8. Jose Callejon
Sumber Gambar: Zimbio.com
Pemain sayap Napoli ini berjaya membantu kelab beliau menduduki tangga kedua dalam saingan Serie A. Namun, Lopetegui ada calon lebih baik berbanding Callejon.
9. Juan Mata
Sumber Gambar: The Independent
Mata menjadi pemain yang selalu dipanggil dalam pasukan Sepanyol sebelum ini. Akan tetapi, persembahan tidak menentu musim ini bersama Manchester United telah membuatkan beliau disisihkan.
10. Pedro Rodriguez
Sumber Gambar: World Soccer Talk
Sama sepeti mata, Pedro juga sering menjadi pilihan utama. Namun, persembahan tidak menentu bersama Chelsea musim ini nyata menjejaskan peluang beliau untuk tampil dalam Piala Dunia.
11. Alvaro Morata
Sumber Gambar: Mirror
Setelah Fernando Torres dan David Villa bersara daripada mewakili Sepanyol, Alvaro Morata menjadi pengganti buat kedua-dua pemain ini. Sayangnya, persembahan tidak menentu beliau bersama Chelsea musim ini membuatkan Morata tidak dipilih untuk ke Rusia.
A Spain XI that didn’t even make the World Cup squad:
Sergio Asenjo; Hector Bellerin, Marc Bartra, Javi Martinez, Marcos Alonso; Ander Herrera, Sergi Roberto, Dani Parejo; Vitolo, Alvaro Morata, Juan Mata.
— Rik Sharma (@riksharma_) May 21, 2018
Itulah dia kesebelasan pemain yang tidak dipilih oleh Julen Lopetegui untuk menyertai pasukan Sepanyol dalam temasya Piala Dunia kali ini. Sememangnya pasukan Sepanyol ini mempunyai pool of player yang sangat luas. Alangkah bagusnya jika pasukan kebangsaan kita juga seperti itu.