• Seperti yang kita tahu, pasukan Australia telah layak ke kejohanan terbesar dunia iaitu Piala Dunia FIFA 2018 yang bertempat di Rusia. Pasukan Australia berada di kumpulan C bersama-sama pasukan Perancis, pasukan Peru dan juga pasukan Denmark. Besar kemungkinan pasukan ini mempunyai peluang untuk melepasi peringkat kumpulan. Namun, perlu berikan saingan yang cukup sengit untuk menjadi juara mahupun naib juara kumpulan C. Ok lah, seperti tajuk besar dia atas, pasukan Australia mempunyai gelaran yang menarik dan unik diantara pasukan-pasukan yang lain. Gelarannya adalah “Socceroos”. Apa itu Socceroos? Haa, jom kita ketahui apa sejarah dibalik gelaran skuad kebangsaan bolasepak Australia ini.

    Nama “Socceroos” telah dicipta pada tahun 1967 oleh seorang wartawan Sydney iaitu Tony Horstead mengenai liputannya dalam lawatan muhabah ke Vietnam Selatan semasa Perang Vietnam. Ketika itu, Tony Horsetead pertama kali menggunakan moniker (salah satu komponen dalam Microsoft Component Object Model (COM) yang dapat menyatukan objek) dalam lawatan tersebut dan Tony dipeluk oleh seorang pemain dan juga orang awam. Secara tak langsung, beliau telah menciptakan nama tersebut.

    Nama “Socceroos” juga biasanya digunakan oleh rakyat Australia dan badan pentadbir. Pemilihan nama gelaran ini adalah merupakan salah satu budaya untuk penggunaan bahasa kolokial di negara ini. Ianya juga mewakili penggunaan Bahasan Inggeris Australia yang digunakan untuk sukan-sukan yang dimainkan.

    Nama “Socceroos“itu sendiri adalah sama dengan kebanyakkan nama gelaran pasukan kebangsaan wakil nasional Australia dalam sukan-sukan yang lain yang digunakan secara tidak rasmi yang merujuk kepada pasukan, dalam media atau dalam perbualan. Nama “Socceroos” juga berasal dari simbol negara Australia yang terkenal iaitu haiwan kanggaru.

    Perkataan bolasepak dan kanggaru kemudiannya digabungkan menjadi kata portmanteau iaitu roo; seperti nama pasukan Olyroos untuk pasukan bolasepak Olimpik Australia. Jadi, soccer adalah bolasepak dan roo adalah gabungan dari bolasepak dan kanggaru. Haa, sekarang baru tahu kan! Begitulah asal usul gelaran “Socceroos” untuk skuad bolasepak kebangsaan Australia. Unik kan!


    Sumber Gambar: TeePublic

    Kesimpulannya, terdapat banyak sejarah serta peristiwa membabitkan nama gelaran ini dicipta. Yang pasti, pasukan Australia tak asing lagi dengan ikon haiwan mereka, iaitu haiwan kanggaru.

    Sumber rujukan: Sydney Morning Herald, “Origins of the Socceroos”. Football Federation Australia. “National Teams”. Football Federation Australia. Retrieved 2007-11-23.

    Baca juga artikel ini: 5 Pemain Yang Boleh Menggantikan Ousmane Dembele

    Leave a comment

    Your email address will not be published.