• Jarang sekali kita melihat pasukan kerdil di benua Eropah berakhir di Piala Dunia, namun pada edisi kali ini kebanyakkan pasukan kerdil ini telah bangkit dan telah mengejutkan seluruh pelosok peminat bolasepak dunia khususnya di Eropah. Mari kita bahas serba sedikit tentang pasukan Denmark ini! Pasukan Denmark terkenal dengan pemain-pemain mereka yang beraksi dalam Liga Perdana Inggeris seperti pemain tengah Christian Eriksen yang bermain di Tottenham Hotspur dan pemain pertahanan muda mereka, Andreas Christensen yang bermain di Chelsea.

    Pasukan kebangsaan Denmark dikendalikan oleh Persatuan Bolasepak Denmark (DBU) dan “homegorund” bagi pasukan Denmark ini adalah di Stadium Telia Parken, Copenhagen. Jurulatih mereka saat ini adalah Age Hareide, iaitu bekas pemain Manchester City suatu ketika dulu pada tahun 1981–1982. Pasukan ini mempunyai gelarannya yang tersendiri iaitu De Rød-Hvide (The Red-White) atau Danish Dynamite. Penampilan pemain paling banyak dalam skuad Denmark ini adalah Peter Schmeichel, seorang bekas penjaga gol pasukan Manchester City pada musim 2002-2003.  Peter Schmeichel mempunyai penampilan sebanyak 129 penampilan.

    Pasukan Denmark menjadi juara pada Sukan Interalkat pada tahun 1906 dan mendapat pingat perak dalam Sukan Olimpik pada tahun 1908 dan tahun 1912. Namun, pasukan Denmark tidak layak ke Piala Dunia sehingga pada tahun 1986, pasukan ini membuat penampilan pertama kalinya di Piala Dunia Mexico ketika itu walaupun mereka memenangi telah pingat perak Sukan Olimpik pada tahun 1960.

    Sejak pada tahun 1983, pasukan Denmark terus dilihat sebagai pasukan yang kompetitif dalam saingan bolasepak, dengan meraih kemenangan di Kejuaraan Eropah pada tahun 1992 di Sweden. Kemenangan itu adalah antara kemenangan yang paling membanggakan kerana berjaya mengalahkan juara bertahan Belanda di peringkat separuh akhir dan Jerman di perlawanan akhir. Pasukan Denmark juga berjaya memenangi Piala Konfederasi FIFA pada tahun1995, mengalahkan Argentina pada perlawanan akhir. Hebat nya !

    Rekod terbaik Piala Dunia yang terbaik mereka capai adalah pada tahun 1998, di mana mereka kalah 3-2 di peringkat suku akhir menentang pasukan gergasi yang tak asing lagi iaitu Brazil. Nampak tak pencapaian pasukan Denmark ini? Bukan calang-calang rupanya. Walaupun bukan pasukan “favourite” tapi apa-apa pun boleh terjadi dalam dunia bolasepak. Jika pasukan badminton kebangsaan Denmark boleh bangkit, tak mustahil pasukan kebangsaan bolasepak mereka juga akan bangkit untuk edisi kali ini kan!

    Sumber Rujukan: FIFA , Danish Football

    Baca Juga: [Piala Dunia] Di Sebalik Nama Les Bleus (The Blues)

    Leave a comment

    Your email address will not be published.