• PKNS FC dilihat mahu membalas dendam di atas kekalahan mereka di tangan Kuala Lmpur pada perlawanan di Stadium KLFA tempoh hari apabila mereka bakal melayan kunjungan The City Boys di Shah Alam malam ini.

    Ketua jurulatih PKNS, Datuk K.Rajagopal dijangka tidak akan melakukan banyak perubahan dalam kesebelasan utama beliau. Pemain seperti Mahali Jasuli, Rafael Ramzotti dam Faris Ramli dilihat bakal membarisi jentera serangan pasukan.

    Pasukan PKNS juga berada dalam prestasi terbaik setelah berjaya mengutip kemenangan ke atas Melaka United pada perlawanan terakhir Liga. Jika para pemain boleh mengekalkan rentak semasa, maka tidak mustahil PKNS mampu untuk mencapai kemenangan.

    Bagi pasukan Kuala Lumpur pula, setelah dimalukan oleh pemain muda Kelantan minggu lalu, mereka perlukan kemenangan untuk meredekan sedikit tekanan. Kemenangan juga akan menjarakkan lagi pasukan mereka dengan zon pengingkiran.

    Kami melihat posisi penjaga gol bakal berubah dengan Khatul Anuar kembali memperkuatkan kesebelasan utama setelah Solehin Mamat melepaskan empat gol minggu lalu. Guilherme De Paula juga dijangka akan diturunkan di bahagian serangan dan akan digandingkan sengan Paulo Josue.

    Apa yang pasti, kedua-dua pasukan ini mencari kemenangan bagi memperbaiki kedudukan mereka dalam carta Liga Super. Apatah lagi pasukan PKNS yang pastinya tidak mahu ketinggalan jauh dengan tiga pasukan teratas dalam carta Liga.

    Apa pendapat anda mengenai perlawanan di antara pasukan PKNS FC yang akan menentang Kuala Lumpur malam ini? Mampukah PKNS membalas dendam di atas kekalahan mereka pada perlawanan lalu?

    Atau Kuala Lumpur bakal sekali lagi menewaskan mereka malam ini? Mari kongsikan pandangan anda bersama kami.

    Baca Juga: Mahali Jasuli, Tiada Masalah Untuk Saya

    Leave a comment

    Your email address will not be published.