• Macam-macam hal yang melanda Persatuan Bola Sepak Selangor (FAS) ketika ini. Mulai dari peletakkan jawatan Datuk Seri Subahan Kamal sebagai presiden hinggalah kantung pasukan yang semakin menipis. Bercakap mengenai kantung yang tipis, para pemain bersemangat lagi ke nak bermain untuk pasukan Selangor pada perlawanan akan datang ?

    Selangor gagal untuk mencatatkan sebarang kemenangan dalam empat perlawanan sebelum ini setelah kali terakhir mengutip tiga mata penuh ialah ketika menewaskan pasukan Negeri Sembilan 2-1 di Stadium KLFA pada akhir April lalu.

    Dikhabarkan, sudah dua bulan pemain Selangor tidak dibayar gaji. Perkara ini sudah cukup menjelaskan mengapa mereka gagal untuk mengutip kemenangan dalam empat perlawanan terakhir. Sukar untuk menumpukan sepenuh perhatian di atas padang bila gaji tidak dibayar ni.

    Sekarang ini, setelah Datuk Seri Subahan meletakkan jawatan beliau sebagai presiden persatuan, Raja Muda Selangor, Tengku Amir Shah Sultan Sharafuddin Idris Shah menjadi pilihan utama untuk mengisi kekosongan yang ditinggalkan oleh Datuk Seri Subahan itu.

    Hari ini FAS mengadakan mesyuarat jawatankuasa eksekutif bagi menentukan siapa yang akan dipilih sebagai presiden persatuan yang seterusnya. Barisan Exco FAS juga menyuarakan hasrat bahawa mereka mahukan Tengku Amir Shah untuk mengisi kerusi presiden persatuan.

    Siapa pun yang dipilih nanti, presiden tersebut harus menyelesaikan masalah tunggakan gaji ini bagi memastikan pemain kembali bersemangat dalam perlawanan yang akan datang. Jika pemain kembai bersemangat, maka peluang Selangor untuk kembali mencatat kemenangan akan kembali terbuka.

    Penting untuk mereka segera mengutip tiga mata penuh kerana Selangor ketika ini berada di tangga kesembilan, dibezakan tiga mata dengan pasukan yang berada di zon penyingkiran iaitu Kelantan dan Negeri Sembilan.

    Selangor akan menghadapi pasukan Kelantan di Stadium KLFA pada esok. Ini adalah satu peluang yang baik untuk mereka mencatat kemenangan dan menjarakkan diri dengan zon penyingkiran. Jika gagal, maka berkemungkinan besar mereka akan terjerumus ke dalam zon tersebut.

    Baca Juga: Raja Muda Selangor Pilihan Utama Mengisi Kerusi Presiden FAS

    Leave a comment

    Your email address will not be published.