• Siapa sangka pasukan Negeri Sembilan boleh mengejar defisit dua gol dan berjaya mengikat seri pasukan Kedah dengan keputusan 3-3 dalam perlawanan Liga Super 2018 semalam. Di sini penulis mau memberi pujian kepada semangat juang pemain Negeri Sembilan yang terus memberi asakan sehingga mereka memperoleh gol penyamaan.

    Tidak dinafikan pada mulanya penulis menyangka bahawa pasukan Negeri Sembilan tidak mampu untuk mencipta kejutan semalam. Kalau kita lihat dari segi pemain dan juga prestasi semasa, Kedah mempunyai kelebihan di situ. Namun, kelalaian mereka nyata membawa padah.

    Kedah pada mulanya bermain dengan sangat baik apabila berjaya menjaringkan tiga gol pada separuh masa pertama. Kedah menguasai dari segi serangan apabila mereka lebih banyak melancarkan serangan dan bahagian tengah Kedah juga berjaya menjalankan tugas dengan baik.

    Namun, pada separuh masa kedua, pasukan Kedah mengendurkan sedikit asakan dan itu adalah kesilapan terbesar mereka pada perlawanan semalam. Pemain Negeri Sembilan terus mengasak dan berjaya menyempurnakan peluang yang ada untuk mengikat juara Pial FA musim lalu itu.

    Gol daripada Nicolas Velez yang tidak dikawal dalam kotak penalti dan Flavio Beck yang berjaya menyempurnakan sepakan penalti cukup untuk memberi Negeri Sembilan satu mata setelah tewas kepada Selangor pada perlawanan terakhir Liga.

    Dalam perawanan semalam, penulis juga melihat beberapa pemain import Negeri Sembilan mula menunjukkan kebolehan mereka. Antaranya ialah Flavio Beck dan Nicolas Velez. Flavio bermain baik dengan mengawal bahagian tengah serta membantu jentera serangan untuk mencari gol. Velez pula berjaya menyempurnakan peluang yang beliau dapat semalam.

    Apa yang boleh dilakukan oleh pasukan Negeri Sembilan adalah menggunakan keputusan perlawanan semalam sebagai titik kebangkitan mereka dalam saingan Liga Super. Mereka tidak boleh lagi keciciran mata kerana ketika ini mereka menduduki tangga tercorot Liga. Jadi setiap mata yang dikutip adalah penting.

    Satu perkara lagi, keputusan Azraai Khor untuk menurunkan N.Thanabalan sebagai penyerang utama dilihat berbaloi kerana penyerang muda ini berjaya menjalankan tugas dengan baik.

    Baca Juga: Gandingkan Thana Dengan Velez Di Hadapan

    Leave a comment

    Your email address will not be published.