• Barisan serangan pasukan Pahang telah menerima suntikan baru dengan kehadiran Issey Nakajima Farran dan Austin Amutu yang menggantikan Chan Vathanaka dan Francis Forkey Doe. Walaupun telah mendapatkan khidmat dua pemain ini, kami berharap khidmat pemain muda, R. Kogileswaran tidak diluoakan oleh ketua jurulatih, Dollah Salleh.

    Apabila Forkey Doe mengalami kecederaan, Kogi telah menjadi pilihan untuk digandingkan dengan Patrick Cruz di bahagian serangan dalam kesebelasan utama. Dan prestasi Kogi boleh dikatakan sangat baik kerana beliau berjaya menjalankan tugas dengan baik di bahagian serangan.

    Selain menjaringkan gol, Kogi juga berjaya menyumbang assist bagi jaringan pasukan Pahang. Anda tentu masih ingat bagaimana gandingan beliau dan Patrick di bahagian serangan berjaya memusnahkan rekod tanpa kalah Johor Darul Ta’zim di laman sendiri sejak 2015. Kogi bermain dengan cemerlang dalam perlawanan tersebut.

    Apa yang lebih membanggakan lagi adalah kemampuan Kogi untuk memikul cabaran berat sebagai penyerang utama bagi pasukan besar seperti Pahang pada usia yang cukup muda iaitu 19 tahun. Ini juga membuktikan bahawa pemain muda juga mampu untuk menggalas cabaran sekiranya diberikan peluang dan juga masa untuk membuktikan potesi sebenar.

    Dengan adanya Issey dan Amutu, tidak dinafikan bawah akan ada persaingan yang ketat bagi memperebutkan posisi di bahagian serangan. Berkemungkinan besar Issey akan diletakkan di bahagian sayap manakala Amutu pula akan digandingkan dengan Patrick Cruz di bahagian serangan.

    Namun nama Kogi tidak sepatutnya dilupakan kerana beliau telah membuktikan kemampuan dan juga potensi beliau sebelum ini.

    Apa pendapat anda mengenai situasi R. Kogileswaran dalam pasukan Pahang dengan adanya Issey Nakajima Farran dan Austin Amutu? Adakah beliau mempunyai peluang untuk tampil dalam kesebelasan utama?

    Atau Kogi hanya akan sekadar memanaskan bangku simpanan?

    Baca Juga: Kekalkan Gandingan Kogi Dan Patrick

    Leave a comment

    Your email address will not be published.