• Sepmena jendela perpindahan kedua yang akan dibuka isnin ini, kami berkongsi dengan anda ramalan kami tentang peemain import yang berkemungkinan besar akan dilepaskan oleh pasukan dalam saingan LLiga Super 2018. Kami memilih 6 pasukan dalam bahagian pertama hari ini.

    1. Johor Darul Ta’zim
    JDT setakat ini telah membawa masuk Harry Novillo dan Jorge Santos Silva yang menggantikan Jorge Pereyra Diaz dan Luciano Figueroa. Kami berpendapat JDT tidak akan melepaskan pemain import mereka memandangkan Hariss Harus, Gonzalo Cabrera dan Marcos Antonio beraksi dengan baik ssetakat ini.

    2. Kedah
    Kita sedia maklum bahawa Kedah sedang dalam perburuan untuk mencari penyerang import bagi menggantikan Pablo Pallares yang beraksi tidak konsisten. Satu lagi pemain yang mungkin akan digugurkan ialah Alvaro Silva. Persembahan Silva di bahagian pertahanan tidaklah sebaik yang diharapkan.

    3. Kelantan
    Setelah menggugurkan Bruno Lopes dan Ferdinand Sinaga sebelum ini, kami melihat Kelantan mungkin akan menggugurkan Do Dong-hyun dan akan menggantikan beliau dengan pemain lain. Kelantan juga dikhabarkan bakal mendaftarkan semula pemain tengah, Morgaro Gomis.

    4. Kuala Lumpur
    Satu pemain yang semakin hampir digugurkan oleh Fabio Maciel iaitu Junior Apperacido. Junior gagal mencipta impak semenjak dibawa masuk pada awal musim ini. Kami berpendapat pengurusan pasukan Kuala Lumpur mahu menggantikan Junior dengan pemain di bahagian serangan atau di bahagian tengah.

    5. Melaka United
    Jika kita melihat kepada persembahan setakat ini, ada dua nama yang berkemungkinan besar bakal digugurkan oleh MUSA. Dua nama tersebut ialah Shahdan Sulaiman dan Steven Thicot. Kedua-dua pemain ini dilihat belum lagi menunjukkan kemampuan sebenar mereka. Apa yang pasti, Melaka tidak boleh menggugurkan Yahor Zubovich kerana beliau merupakan penjaring terbanyak mereka setakat ini.

    6. Negeri Sembilan
    Untuk pasukan Negeri Sembilan, ada dua nama yang menurut kami bakal digugurkan oleh pengurusan pasukan. Prak Mony Udom dilihat hampir pasti untuk kkeluar dan Kim Do-heon juga berpotensi untuk digugurkan. Mony Udom bergelut dengan prestasi manakala Kim dilihat bergelut dengan stamina beliau.

    Haa itulah ramalan kami tentang pemain mana yang akan digugurkan pada jendela perpindahan kedua yang akan dibuka isnin ini. Apa pendapat anda mengenai pilihan kami ?

    Baca Juga: Diawalkan Semingu Kerana Ada Permintaan

    Leave a comment

    Your email address will not be published.