• Semalam, kami telah berkongsi dengan anda ramalan kami tentang pemain import mana yang akan dilepaskan oleh enam pasukan dalam saingan Liga Super musim ini. Dalam penulisan kali ini, kami akan berkongsi dengan anda ramalan kami tentang enam lagi pasukan dalam saingan Liga Super 2018 tentang pemain import mana yang akan dilepaskan dalam jendela perpindahan kedua yang akan dibuka isnin ini.

    1. Pahang
    Pemain import pasukan Pahang setakat ini menunjukkan prestasi yang sangat baik. Dalam jendela perpindahan kali ini, kami menjangkakan Pahang akan mencari pengganti kepada Francis Forkey Doe yang terpaksa disisihkan akibat daripada kecederaan.

    2. Perak
    Setakat ini, hanya trio Samba pasukan Perak iaitu Gilmar, Wander Luiz dan Leandro saja yang menunjukkan prestasi baik dalam saingan Liga. Kami menjangkakan pengurusan pasukan Perak mahu mencari penngganti kepada Misagh Bahadoran dan berkemungkinan besar pertahanan import, Robert Cornthwaite.

    3. PKNP FC
    Bagi PKNP, mereka menghadapi masalah di bahagian serangan dimana penyerang import mereka tidak beraksi dengan baik terutamanya Keo Shokpeng dan Yeon Gi-sung. Jadi, dalam jendela perpindahan kedua kali ini, kami menjangkakan PKNP akan mencari pengganti kepada dua pemain tersebut.

    4. PKNS FC
    Bagi pasukan bimbingan Datuk K.Rajagopal ini, pemain import mereka bermain dengan baik setakat ini. Namun, pemain pertahanan, Zac Anderson dilihat sedikit bergelut dengan kecederaan setakat ini. Jika Zac gagal untuk cergas sepenuhnya dan membarisi kesebelasan utama PKNS FC, berkemungkinan besar beliau akan digantikan.

    5. Selangor
    Untuk pasukan Selangor pula, kami merasakan hanya ada seorang pemain import yang akan digantikan iaitu Alfonso De La Cruz. Ketua jurulatih Selangor, Nazliazmi Nasir juga menegaskan bahawa pasukan ketika ini perlukan pemain tengah yang boleh mengimbangi pasukan.

    6. Terengganu FC
    Kami merasakan pasukan Terengganu FC tidak akan melakukan perubahan dalam senarai pemain import mereka kerana kelima-lima pemain import Terengganu beraksi dengan baik. Satu lagi sebab mereka tidak perlu membuat sebarang pembelian kali ini ialah adanya Terengganu FC II. Jadi mereka boleh bertukar-tukar pemain.

    Haa itulah ramalan kami tentang enam lagi pasukan dalam Liga Super berkenaan pemain import pada jendela perpindahan kedua yang akan dibuka esok. Apa pendapat anda ? Pemain import mana yang akan dilepaskan ?

    Baca Juga: Ramalan Jendela Perpindahan Kedua Liga Malaysia (Part1)

    Leave a comment

    Your email address will not be published.