• Pemain pertahanan pasukan Kelantan, Nik Shahrul Azim atau yang lebih dikenali dengan panggilan Pok Nik sah memyertai pasukan PKNS FC untuk baki saingan Liga Malaysia musim ini. Kami berpendapat penghijrahan Pok Nik ke PKNS adalah satu kehilangan besar buat pasukan Kelantan.

    Di bawah bimbingan Fajr Ibrahim, Nik Shahrul diletakkan di posisi pertahanan tengah di samping pemain import, Cassio De Jesus. Sejak diletakkan di posisi tersebut, Nik Shahrul bermain dengan sangat baik apabila beliau tenang dalam mengawal bahagian pertahanan dan berjaya mematahkan gerakan serangan pihak lawan.

    Selain itu, Nik Shahrul juga berjaya menjalankan tugas dengan baik apabila beliau diberi tanggungjawab sebagai ketua pasukan.

    Sebelum ini, Kelantan telahpun melepaskan beberapa pemain senior pasukan antaranya Khairul Fahmi Che Mat dan Badhri Radzi. Melepaskan Nik Shahrul Azim merupakan satu kehilangan besar dan juga risiko buat pasukan Kelantan.

    Kami berpendapat pasukan Kelantan perlukan khidmat pemain senior di bahagian pertahanan bagi memberi keseimbangan terhadap pasukan. Bukannya kami nak memperkecilkan khidmat pemain muda. Namun, dengan adanya pemain berpengalaman di bahagian pertahanan, posisi tersebut akan lebih teratur.

    Apatah lagi dengan keadaan semasa pasukan Kelantan yang sedang berada di dalam zon penyingkiran. Jadi mereka harus bermain dengan baik dalam setiap perlawanan dan tidak boleh membuat kesilapan khususnya di bahagian pertahanan.

    Walau apa pun, Nik Shahrul sudahpun menjadi pemain PKNS FC. Kini, apa yang perlu dilakukan oleh Fajr Ibrahim ialah mencari pengganti Pok Nik dengan segera. Pengganti tersebut haruslah cepat menyesuaikan diri dengan corak permainan dan juga Cassio De Jesus.

    Berkemungkinan besar Fajr akan menggunakan khidmat pemaij muda bagi mengisi kekosongan yang ditinggalkan oleh Nik Shahrul Azim.

    Apa pendapat anda mengenai keputusan Kelantan yang melepaskan pemain pertahanan mereka iaitu Nik Shahrul Azim untuk menyertai pasukan PKNS FC? Adakah ianya satu kehilangan besar buat pasukan?

    Dan pemain mana selepas ini yang akan dilepaskan oleh Kelantan bagi memberi laluan kepada pemain muda untuk menyinar?

    5 Destinasi Pilihan Untuk Nik Shahrul Azim

    Leave a comment

    Your email address will not be published.