• Pasukan Selangor akan menerima kunjungan PKNP FC dalam perlawanan Liga Super 2018 malam ini. Setelah tewas kepada Johor Darul Ta’zim, Selangir sudah pasti mahu kembali mengutip kemenangan. Akan tetapi, Selangor perlu waspada dengan ancaman daripada PKNP FC.

    Selangor mendapat khabar gembira apabila dua pemain Indonesia, Evan Dimas dan Ilham Udin Armayn kembali memperkuatkan pasukan setelah mewakili Indonesia dalam Anniversary Cup 2018. Tanpa Evan Dimas, barisan tengah Selangor dilihat kurang kreatif serta tidak membantu ketika gerakan serangan. Mereka banyak bergantung kepada Amri Yahyah untuk mencipta gerakan daripada posisi tengah.

    Kami menjangkakan pemain muda Selangor akan membarisi barisan serangan dan pertahanan malam ini. Berkemungkinan besar Rufino Segovia akan diapit oleh Sean Eugene Selvaraj dan D.Kugan di sebelah tepi manakala Ashmawi Yakin akan bergandingan dengan Willian Pacheco di barisan belakang.

    Bagi pasukan PKNP FC pula, mereka dalam mood yang baik setelah meneewaskan pasukan Kelantan pada perlawanan lalu. Sudah pasti mereka mahu meneruskan rentak cemerlang ini dengan mengutip kemenangan di Cheras malam ini.

    Untuk menentang Selangor, PKNP sudah pasti mengharapkan kepada ketua pasukan mereka iaitu Shahrel Fikri Fauzi untuk memimpin barisan serangan bagi mengkucar-kacirkan barisan pertahanan pasukan Selangor. Sahhrel berkemungkinan besar akan bergandingan ddengan Yeon Gi-sung di hadapan.

    Apa yang pasti, kedua-dua pasukan ini mencari keemenangan pada malam ini bagi memperbaiki kedudukan mereka dalam carta Liga Super. Jika Selangor berjaya mengutip kemenangan, mereka akan berada di kedudukan pertengahan Liga. Begitu juga dengan PKNP FC.

    Walau apa pun, Selangor perlu waspada dengan mengukuhkan benteng pertahanan mereka bagi mengekang asakan Shahrel Fikri dan rakan-rakan. Barisan pertahanan merupakan masalah terbesar pasukan Selangor musim ini.

    Apa pendapat anda mengenai perlawanan diantara pasukan Selangor menentang PKNP FC malam ini ? Pasukan mana yang akan mengutip tiga mata penuh ?

    Baca Juga: Ubi Selangor Julang Johor Darul Ta’zim

    Leave a comment

    Your email address will not be published.