• Bekas penjaga gol skuad kebangsaan dan pasukan Terengganu, Sharbinee Allawee telah sah menandatangani kontrak bersama pasukan Kuala Lumpur sehingga hujung musim ini. Kami berpendapat Sharbinee boleh menjadi jawapan kepada krisis penjaga gol yang sedang dialami oleh pasukan The City Boys ini.

    Kuala Lumpur menjadi pasukan yang paling banyak dibolosi dalam saingan Liga Super setakat ini. Mereka melepaskan 27 gol dalam saingan Liga. Ketiga-tiga penjaga gol pasukan telah digunakan oleh ketua jurulatih, Fabio Maciel. Namun, tiada seorang pun yang berjaya mengekalkan aksi yang konsisten.

    Menurut kami, hanya Khatul Anuar sahaja yang menunjukkan prestasi yang sedikit baik berbanding Kamarul Effendi dan Ahmad Solehin Mamat. Walaupun kadang-kala melakukan sedikit kesilapan, namun beliau kerap juga mematahkan percubaan dari pihak lawan.

    Dengan pengalaman yang dimiliki oleh Sharbinee, tidak mustahil beliau merupakan penjaga gol yang tepat bagi menjaga pintu gawang pasukan ibu kota. Pemain yang sudah dua tahun tidak beraksi kerana masalah kanser ini dilihat sudah menjalani latihan bersama pasukan sejak bulan lalu.

    Pencapaian beliau juga sudah terbukti ketika mewakili pasukan kebangsaan dan juga peringkat kelab bersama Terengganu dan juga Selangor. Jadi beliau sudah biasa bermain di peringkat yang lebih tinggi.

    Apa yang perlu dilakukan ialah memberikan Sharbinee peluang untuk tampil dalam kesebelasan utama. Walaupun sudah lama tidak beraksi, namun Sharbinee melaungkan keyakinan bahawa beliau boleh mendapatkan semula sentuhan seperti sebelum ini.

    Ketibaan Sharbinee juga tepat pada masanya kerana ketika ini pasukan Kuala Lumpur memerlukan seorang penjaga gawang baru selepas dibelasah Pahang 4-0 baru-baru in8 dalam perlawanan Liga Super. Fabio juga bakal mempunyai pilihan yang lebih luas bagi posisi penjaga gol pasukan.

    Apa pendapat anda mengenai keputusan pasukan Kuala Lumpur untuk menandatangani Sharbinee Allawee bagi menghadapi baki saingan musim 2018 ini? Adakah beliau penjaga gawang yang tepat untuk memastikan pintu gol Kuala Lumpur tidak dibolosi dengan banyak gol pada perlawanan akan datang?

    Baca Juga: Khatul Annuar Punyai Potensi Besar

    Leave a comment

    Your email address will not be published.