• Presiden Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA), Bibi Ramjani Ilias Khan mendedahkan bahawa terdapat segelintir pihak yang mahu menjatuhkan pasukan Kelantan dan mahu melihat pasukan itu berada dalam keadaan yang tidak menentu. Beliau dimaklumkan oleh beberapa individu yang sedia untuk menunjukkan bukti tentang cubaan menjatuhkan pasukan tersebut.

    Menurut Bibi lagi, pihak yang cuba menjatuhkan pasukan Kelantan ini bukanlah pihak asing melainkan pihak dalam KAFA sendiri. Jika benar perkara ini berlaku, maka Bibi Ramjani perlu segera mencari punca tentang pihak mana yang cuba menjatuhkan pasukan dan mengambil tindakan yang selayaknya.

    Pasukan Kelantan sememangnya sering dilanda pelbagai isu dan juga kontroversi musim ini. Dari isu dengan pemain senior pasukan, Badhri Radzi hinggalah isu dengan bekas pemain seperti S.Veenod yang diikhabarkan tidak dibayar gaji.

    Belum lagi prestasi pasukan Kelantan yang tidak menentu dalam saingan Liga Super. Baru-baru ini, mereka tewas kepada Negeri Sembilan dan kekal menduduki zon penyingkiran.

    Selain itu, Bibi Ramjani juga kecewa dengan sikap segelintir penyokong pasukan yang melemparkan kata-kata yang dianggap menghina terhadap pengurusan pasukan. Menurutnya lagi, pihak pengurusan sudah melakukan sedaya-upaya usaha bagi memastikan pasukan Kelantan terus bersaing dalam saingan Liga Malaysia musim ini.

    Pihak mana yang cuba untuk menjatuhkan pasukan Kelantan ? Pertanyaan ini masih lagi bermain di dalam minda penyokong pasukan. Walau apa pun, Bibi perlu menyelesaikan masalah ini dengan kadar yang segera agar prestasi pasukan tidak terjejas akibat masalah ini.

    Mereka ketika ini sedang berada dalam zon penyingkiran. Jadi, Kelantan memerlukan semua pihak tak kira pihak pengurusan, barisan kejurulatihan dan juga para pemain untuk bersatu bagi memastikan mereka tidak terjerumus ke kancah Liga Perdana musim hadapan.

    Kelantan akan berdepan Selangor pada hujung minggu ini. Perlawanan menentang Selangor ini merupakan perlawanan yang wajib dimenangi oleh Kelantan. Jika gagal berbuat demikian, maka peluang mereka untuk keluar dari zon penyingkiran akan semakin sukar.

    Baca Juga: Masih Lagi Ada Harapan Buat Pasukan Kelantan

    Leave a comment

    Your email address will not be published.