• Syamer Kutty Abba dan Dominic Tan telah pun menamatkan tempoh pinjaman mereka bersama kelab Portugal, Vilaverdense dan telah kembali menyertai pasukan Johor Darul Ta’zim. Di sini kami nak menumpukan perhatian kepada Syamer. Adakah Syamer Kutty Abba sudah sedia untuk diturunkan dalam kesebelasan utama pasukan JDT?

    Syamer Kutty Abba dan juga Dominic Tan diturunkan dalam kesebelasan utama Vilaverdense buat kali pertama ketika perlawanan terakhir musim 2017/2018. Dan menurut laporan akhbar tempatan, kedua-dua pemain berjaya memberi impak positif dalam perlawanan tersebut.

    Setelah setengah musim menyertai dan berlatih bersama Vilaverdense, sudah pasti banyak pengalaman dan juga ilmu yang diperolehi oleh kedua-dua pemain ini. Bagi Syamer Kutty pula, kami berpendapat beliau boleh bersaing dengan Afiq Fazail bagi posisi pemain tengah bertahan.

    Afiq Fazail menjadi pilihan utama Raul Longhi untuk diletakkan di posisi pemain tengah bertahan. Walaupun ada Gary Steven Robbat di situ, namun nama Afiq selalu menjadi pilihan.

    Dengan adanya Syamer, Afiq akan mempunyai persaingan yang sihat bagi memperebutkan posisi tersebut. Perkara ini juga baik untuk ketua jurulatih Johor Darul Ta’zim, Raul Longhi kerana beliau mempunyai banyak pilihan bagi posisi tengah.

    Penting untuk Syamer menunjukkan prestasi yang baik apabila beliau diturunkan dalam kesebelasan utama pasukan. Jika gagal berbuat demikian, berkemungkinan besar beliau bakal diletakkan dalam pasukan Johor Darul Ta’zim II.

    Jika perkara tersebut berlaku, maka amat disayangkan kerana beliau berpotensi untuk menjadi pemain tengah bertahan terbakk di dalam negara.

    Bagi Dominic Tan pula, beliau akan bersaing dengan Adam Nor Azlin, Kiko Insa dan juga Fadhli Shas bagi memperebutkan tempat dalam kesebelasan utama. Satu persaingan yang ketat bagi posisi pertahanan. Namun, jika Dominic berjaya menunjukkan prestasi yang baik, tidak mustahil beliau akan diturunkan dalam kesebelasan utama.

    Apa pendapat anda mengenai peluang Syamer Kutty untuk tampil dalam kesebelasan utama? Adakah Syamer Kutty Abba sudah sedia.?

    Baca Juga: Syamer Kutty Abba Dan Dominic Tan Beri Impak Positif

    Leave a comment

    Your email address will not be published.