• Kemenangan ke atas pasukan Kelantan minggu lalu nyata memberikan sedikit kelegaan kepada pasukan Negeri Sembilan. Mana tidaknya, setelah tidak mengutip sebarang kemenangan sejak menewaskan Kuala Lumpur pada Februari lalu, akhirnya mereka mengecapi apa itu rasanya kemenangan. Kami berpendapat Negeri Sembilan boleh menggunakan kemenangan minggu lalu sebagai titik kebangkitan mereka dalam saingan Liga Super.

    Negeri Sembilan mempunyai musim yang sedikit suram dalam saingan Liga Super. Jurulatih silih berganti dan juga kegagalan untuk mengekalkan prestasi dalam saingan ligaiga membuatkan mereka menduduki tangga tercorot dalam carta liga.

    Pada perlawanan minggu lalu, jaringan Alex Moraes dan Angel Guirado sudah cukup untuk memberikan Negeri Sembilan tiga mata penuh. Ketika ini, mereka mempunyai kutipan mata yang sama dengan pasukan Kelantan iaitu lapan mata.

    Mereka hanya dibezakan tiga mata di belakang pasukan Melaka United yang menduduki tangga kesepuluh dan Selangor yang menduduki tangga kesembilan. Menurut ketua jurulatih Negeri Sembilan, Mario Lemos, juga melahirkan rasa lega dengan kejayaan anak-anak buah beliau mengutip tiga mata.

    Dua pemain import yang baru dibawa masuk, Alex Moraes dan Angel Guirado dilihat sudah mula memberikan impak terhadap pasukan. Moraes berjaya membentuk satu gandingan yang baik bersama Nashriq Baharom di bahagian pertahanan.

    Manakala Guirado pula berjaya membentuk satu gandingan yang baik bersama N.Thanabalan di bahagian serangan pasukan. Jika Negeri Sembilan berjaya mengekalkan rentak semasa, mereka mampu untuk terus mengutip keputusan positif dan keluar dari zon penyingkiran.

    Kami berpendapat Mario Lemos boleh mengekalkan kesebelasan utama sedia ada apabila mereka berhadapan dengan PKNS FC pada hujung minggu ini. Apa yang perlu dilakukan oleh Negeri Sembilan ialah memperbaiki beberapa aspek dan mengekalkan rentak semasa pasukan.

    Jika berjaya mengutip tiga mata penuh pada hujung minggu ini, maka mereka berpeluang untuk keluar dari zon penyingkiran. Akan tetapi, pemain Negeri Sembilan tidak boleh memandang rendah PKNS FC.

    Apa pendapat anda mengenai kemenangan Negeri Sembilan ke atas Kelantan pada minggu lalu ? Adakah kemenangan tersebut menjadi titik kebangkitan kepada pasukan Negeri Sembilan sekaligus mampu bertahan dalam kancah Liga Super ?

    Baca Juga: Perlawanan Penentuan Bagi Negeri Sembilan ?

    Leave a comment

    Your email address will not be published.