• Pemilik Johor Darul Ta’zim, Tunku Ismail Sultan Ibrahim yakin bahawa satu hari nanti Ulisses Morais bakal kembali bagi mengemudi pasukan JDT. Beliau berkata demikian dalam satu entri di laman media sosial Facebook Johor Southern Tigers.

    TMJ menyifatkan Morais sebagai jurulatih yang senang untuk diajak bekerjasama dan juga jurulatih yang paling bagus sejak beliau melakukan penjenamaan semula ke atas pasukan Johor. Baginda turut mengagumi cara Morais apabila bersemuka dan menambat hati pemain.

    Di akhir kenyataan baginda, Tunku Ismail yakin bahawa satu hari nanti Morais akan kembali bagi mengendalikan juara bertahan Liga Super ini.

    Di bawah bimbingan Morais, JDT berjaya memenangi mahkota Liga Super musim 2017 dengan berkelebihan sembilan mata di atas pasukan Pahang yang menduduki tangga kedua. JDT berjaya memenangi 15 perlawanan, 4 seri dan 3 kekalahan sepanjang musim.

    Selain memenangi Liga Super 2017, Morais juga berjaya membimbing JDT memenangi Piala Malaysia 2017 dengan menewaskan pasukan Kedah dalam perlawanan akhir.

    Setelah mempunyai satu musim yang cemerlang bersama JDT, Morais kemudiannya mengambil keputusan untuk meletak jawatan pada awal musim ini atas alasan masalah keluarga. Tempat Morais kemudiannya diambil alih oleh pembantu beliau iaitu Raul Longhi.

    Johor Darul Ta’zim juga mempamerkan corak permainan yang lebih menarik dan juga berbahaya ketika di bawah seliaan Morais. Memang wajar jika TMJ mahukan beliau kembali untuk mengendalikan pasukan.

    Apa pendapat anda mengenai hasrat Tunku Ismail Sultan Ibrahim yang mahu melihat Ulisses Morais untuk kembali mengendalikan Johor Darul Ta’zim pada masa akan datang ? Adakah Morais akan mempertimbangkan perkara tersebut ?

    Dan jika benar Morais kembali ke pangkuan JDT, adakah kita akan melihat Johor Darul Ta’zim yang lebih kuat dan lebih baik pada masa akan datang ?

    Baca Juga: Ulisses Morais Tinggalkan Pasukan Johor Darul Ta’zim

    Leave a comment

    Your email address will not be published.