• Perlawanan menentang pasukan Kedah malam ini merupakan ujian pertama buat ketua jurulatih baru Negeri Sembilan, Mario Lemos yang menggantikan Azraai Khor baru-baru ini. Mampukah bekas jurulatih pasukan kebangsaan Bangladesh ini membimbing Negeri Sembilan mencipta kemenangan malam ini?

    Apabila Azraai Khor digantikan dengan Lemos, rata-rata peminat Negeri Sembilan terkejut dengan keputusan yang diambil oleh Persstuan Bola Sepak Negeri Sembilan (PBNS) itu. Baru saja dua bulan mengendalikan pasukan, peminat mahukan Azraai diberi lebih peluang untuk membimbing Negeri Sembilan.

    Akan tetapi, keputusan sudah dibuat dan kini peminat perlu memberi ruang dan peluang kepada lemos untuk membuktikan kemampuan beliau. Apa yang penting, Lemos perlu mempunyai perancangan yang rapi kerana Negeri Sembilan ketika ini berada di tangga tercorot Liga.

    Selain membawa masuk Lemos, pengurusan pasukan juga membawa dua pemain import baru iaitu Angel Guirado dan. Alex Moraes bagi menggantikan Prak Mony Udom dan Renars Rode. Selain dua pemain import ini, pengurusan juga menandatangani bekas pemain PDRM, David Rowley.

    Untuk pemilihan pemain malam ini, masih lagi tidak jelas kerana Lemos baru kali ini menjadi jurulatih dalam saingan Liga Malaysia. Apa yang pasti, dua pemain import yang baru ditandatangani bakal diturunkan dalam kesebelasan utama.

    Nasib tiga pemain import sedia ada iaitu Nicolas Velez, Kim Dong-hyeon dan Flavio Beck Junior juga masih lagi samar. Sama ada mereka ini bakal dikekalkan atau digantikan sekiranya Mario Lemos mahukan pemain import pilihan beliau sendiri.

    Besar tanggungjawab yang menanti Lemos sebagai ketua jurulatih Negeri Sembilan. Beliau harus berjaya mengeluarkan Negeri Sembilan daripada zon penyingkiran secepat yang mungkin.

    Apa pendapat anda mengenai peluang Mario Lemos untuk mengutip kemenangan pada perlawanan malam ini? Mampukah Negeri Sembilan mencatat kejutan ke atas Kedah sekali lagi?

    Baca Juga: Dua Pemain Import Baru Perkuat Negeri Sembilan

    Leave a comment

    Your email address will not be published.