• Pasukan Pahang akan bertandang ke Stadium Darul Aman bagi menghadapi pasukan Kedah dalam perlawanan Liga Super 2018 malam ini. Perlawanan ini akan menjadi ujian pertama buat dua pemain import baru pasukan Pahang iaitu Issey Nakajima dan Austin Amutu sekiranya diturunkan.

    Kedua-dua pemain ini sudah memulakan latihan bersama pasukan Pahang sejak minggu lalu. Issey dan Amutu dibawa masuk bagi menggantikan tempat Francis Forkey Doe yang mengalami kecederaan serius dan juga pemain import Asean, Chan Vathanaka yang gagal mempamerkan prestasi terbaik.


    Sumber Gambar: Pahang FA

    Jika Issey dan Amutu diturunkan, berkemungkinan besar Issey akan diletakkan di posisi sayap kiri manakala Amutu pula bakal digandingkan dengan Patrick Cruz di bahagian serangan.

    Kami berpendapat Issey dan Amutu tidak akan berdepan masalah diletakkan di posisi tersebut memandangkan kedua-dua pemain mampu untuk berman di posisi tersebut.

    Bagi pasukan Kedah pula, mereka akan turun tanpa penyerang import baru mereka iaitu Paulo Rangel kerana pasukan lama Rangel, Nakhon Ratchasima hanya mahu melepaskan Rangel setelah tarik 27 Mei ini.

    Dengan ketiadaan Rangel malam ini, berkemungkinan besar pemain muda, Akhyar Rashid akan diletakkan sebagai penyerang utama pasukan. Akhyar diletakkan di posisi tersebut ketika Kedah menewaskan Negeri Sembilan tempoh hari.

    Walau apa pun, kedua-dua pasukan wajib untuk mengutip tiga mata penuh dalam perlawanan malam ini bagi memperbaiki kedudukan mereka di dalam carta Liga. Pahang ketika ini menduduki tangga ke-3, dua mata dibelakang Perak dan tujuh mata di belakang Johor Darul Ta’zim.

    Manakala untuk pasukan Kedah pula, mereka berada di tangga ke-6, tiga mata dibelakang lawan mereka malam ini.

    Kedua-dua pasukan terikat dengan keputusan seri 2-2 apabila mereka bertemu di Stadium Darul Makmur pada awal bulan ini. Jika keputusan tersebut berulang malam ini, maka peluang untuk Pahang mengejar Perak dan JDT akan semakin sukar. Begitu juga dengan Kedah.

    Apa pendapat anda mengenai perlawanan antara pasukan Pahang menentang pasukan Kedah malam ini ? Adakah Issey Nakajima dan Austin Amutu bakal diturunkan dalam kesebelasan utama ?

    Dan mampukah Akhyar beraksi dengan baik sekiranya diturunkan sebagai penyerang utama ?

    Leave a comment

    Your email address will not be published.