• Pemain Malaysia yang bertapak di Major League Soccer (MLS), Wan Kuzain Wan Kamal telah membuat penampilan pertama buat kelab baru beliau iaitu Sporting Kansas City dalam perlawanan menentang Columbus Crew awal pasgi tadi. Wan Kuzain dimasukkan pada minit ke-87 dimana beliau menggantikan Roger Espinoza.

    Perlawanan diantara Sporting KC dan Columbus Crew berkesudahan seri tanpa jaringan. Wira bagi Sporting sudah tentu penjaga gol mereka dimana Tim Melia berjaya menyelamatkan sepakan penalti pada minit ke-43.

    Ini adalah satu perkembangan yang baik buat pemain berusia 19 tahun ini. Meskipun hanya bermain dalam satu tempoh masa yang singkat di atas padang, namun suasana dan juga atmosfera bermain di peringkat tertinggi adalah satu pengalaman yang tiada harganya buat Wan Kuzain.

    Di umur beliau yang sekarang ini, Wan Kuzain sememangnya perlukan minit bermain yang cukup bagi mematangkan lagi corak serta mutu permainan beliau. Dan tiada pentas yang lebih baik lagi untuk Kuzain merasai suasana bola sepak dalam saingan tertinggi apabila beliau diberi peluang untuk bermain dalam saingan Major League Soccer (MLS).

    Sporting KC akan menghadapi Minnesota United dalam perlawanan Western Conference yang seterusnya pada 4 Jun ini. Jika Wan Kuzain berusaha keras ketika sesi latihan, maka tidak mustahil pengurus Sporting, Peter Vermes akan memberi perluang kepada Kuzain untuk diturunkan dalam kesebelasan utama.

    Dengan keputusan seri ketika menentang Columbus Crew, Sporting KC masih lagi kekal mendahului Western Conference Major League Soccer (MLS) dengan kelebihan empat mata di hadapan Los Angeles FC yang menduduki tangga kedua dan berkelebihan lima mata di hadapan Portland Timbers yang menduduki tangga ketiga.

    Apa pendapat anda mengenai Wan Kuzain yang berjaya membuat penampilan pertama beliau bersama Sporting Kansas City pada awal pagi tadi ? Mampukah beliau meneruskan rentak cemerlang ini ?

    Baca Juga: Wan Kuzain Diikat Spoerting Kansas City

    Leave a comment

    Your email address will not be published.