• Dengan kemenangan ke atas Terengganu FC pada Rabu, ianya membuatkan pasukan bimbingan Raul Longhi itu semakin selesa berada di puncak. Perkara ini menimbulkan persoalan di fikiran penulis. Persoalanhya adalah, masih adakah sisa-sisa perjuangan yang boleh diperjuangkan oleh dua pasukan yang ketika ini sedang berada di tangga kedua dan juga ketiga ?

    Ketika ini, JDT berada 13 mata di hadapan pasukan Perak dan 14 mata di belakang pasukan Pahang. Kedua-dua pasukan ini merupakan pasukan yang masih lagi mempunyai harapan untuk mencabar kedudukan JDT selain pasukan Kedah yang berada di tangga keempat.

    Jika kita melihat dari jarak mata antara pasukan pendahulu dengan tiga pasukan di bawah mereka, sememangnya bagaikan langit dan bumi perbezaannya. Tambahan pula dengan restasi JDT yang berjaya mengekalkan rentak kemenangan manakala Perak dan Pahang gaga untuk berbuat demikian.

    Prestasi tidak menentu dua pasukan ini sedikit-sebanyak memberikan kelebihan kepada JDT untuk mengukuhkan lagi cengkaman mereka di persada Liga Super. Pasukan bimbingan Raul Longhi seolah-olah sudah berada satu langkah dalam mengekalkan kejuaraan Liga Super dan meraih kejuaraan kelima.

    Jsdi, apa lagi yang boleh diperjuangkan oleh Perak dan Pahang ? Jawapan penulis kepada persoalan ini ialah kedua-dua pasukan boleh bersaing untuk menjadi pasukan kedua terbaik Liga Super musim ini. Untuk mencabar kejuaraan Liga Super, penulis berpendapat perkara tersebut sukar untuk dicapai dua pasukan ini.

    Jarak mata yang sangat jauh diantara ketiga-tiga pasukan ini sudah menjelaskan segala-galanya. Meskipun masih lagi ada enam perlawanan Liga untuk diharungi, akan tetapi jika JDT berjaya mengekalkan rentak kemenangan manakala Perak dan Pahang masih lagi terumbang-ambing, maka trofi Liga Super akan kekal di Selatan tanah air.

    Jadi apa pendapat anda mengenai peluang Perak dan Pahang untuk mengejar Johor Darul Ta’zim bagi memperebutkan mahkota Liga Super musim 2018 ? Adakah kedua-dua pasukan masih lagi mempunyai peluang untuk mengejar ? Atau peluang tersebut sudahpun tertutup rapat ?

    Baca Juga: Mehmet Durakovic Positif Perak Mampu Kejar JDT

    Leave a comment

    Your email address will not be published.