• Pemain skuad kebangsaan pasukan Denmark, Christian Eriksen, meninggalkan pemusatan latihan negaranya menjelang Piala Dunia 2018 yang berlangsung di Rusia nanti. Eriksen akan menemani istrinya yang tercinta, Sabrina Kvist Jensen, yang akan melahirkan anak pertamanya. Bertanggungjawab Christian Eriksen ni! Bagus dan syabas kami ucapkan kepada beliau.

    Pemain tengah yang berusia 26 tahun ini telah mengumumkan di media bahawa isterinya sedang mengandung pada bulan Disember tahun lepas. Christian Eriksen mendapat pelepasan cuti ketika mendekati kelahiran sang bayi mereka.

    Christian Eriksen merupakan pahlawan di dalam pasukan Denmark yang digelar Danish Dynamite yang telah layak untuk beraksi di Rusia. Beliau mencipta hattrick untuk memastikan pasukan kebangsaan Denmark ke Piala Dunia, pada saingan kedua  play-off  antara pasukan Denmark dan pasukan Ireland dengan jaringan skor 5-2memihak kepada pasukan Denmark.

    Walau mendapat pelepasan untuk menemani sang isteri, jurulatih pasukan Denmark, Age Hareide berharap Eriksen tidak mengambil waktu yang terlalu lama berikutan pasukan Denmark akan membuat penampilan pertama di Rusia di pembukaan Group C melawan pasukan Peru pada 16 Jun ini di Saransk.

    Setelah itu, pasukan Denmark akan menghadapi Australia, serta melawan Perancis di Moscow pada 26 Jun nanti. Eriksen tampil di Piala Dunia 2018 ini dalam kondisi keadaannya yang terbaik. Beliau mencetak 14 gol untuk pasukan Tottenham HotSpurs pada semua perlawanan dalam Liga Perdana Inggeris, sekaligus membawa pasukannya meraih kedudukan tempat ketiga dalam Liga Perdana Inggeris. Tahniah buat Christian Eriksen dan semoga Piala Dunia tahun ini memberikan motivasi yang baik buat beliau di tambah dengan kurniaan cahaya matanya.

    Sumber: The Sun , Liputan6

    Baca Juga :[Piala Dunia] Danish Dynamite Bukan Calang-Calang Tau!

    Leave a comment

    Your email address will not be published.