• Johor Darul Ta’zim mengesahkan mereka telah menandatangani pemain Argentina, Fernando Elizari sebagai pemain import baru mereka. Pemain berusia 27 tahun ini akan menggantikan Jorge Santos Silva dan berkemungkinan besar akan digandingkan dengan Fernando Marquez di bahagian serangan pasukan JDT.

    Elizari merupakan rakan sepasukan Marquez ketika kedua-dua pemain bermain untuk pasukan Defensa y Justicia yang beraksi dalam saingan Argentina Primera División. Namun, Elizari jarang diturunkan dalam kesebelasan utama Defensa. Beliau hanya tampil sekali saja dalam kesebelasan utama Defensa dan hanya mampu membuat empat penampilan daripada bangku simpanan.

    Rekod jaringan Elizari bersama Defensa juga tidak sebagus Fernando Marquez. Elizari hanya berjaya menjaringkan satu gol sepanjang musim 2017/2018 tepatnya ketika Defensa tewas kepada Argentinos Junior.

    Menurut Whoscored.com, Elizari mempunyai finishing yang baik dan juga mampu untuk membuat hadangan ketika pasukan dalam mod bertahan. Akan tetapi, beliau lemah dalam aspek hantaran dan juga pertembungan di udara.

    Jika kita melihat kepada statistik Elizari sepanjang musim 2017/2018, beliau dilihat bukanlah pemain yang sesuai untuk digandingkan dengan Marquez di bahagian serangan. Ini kerana Marquez perlukan sokongan yang kukuh di bahagian serangan.

    Akan tetapi, mungkin Raul Longhi mempunyai perancangan yang lain dan beliau memerlukan pemain seperti Elizari dalam kesebelasan utama pasukan. Kehadiran Elizari kali ini diharapkan dapat mengukuhkan lagi barisan serangan JDT selepas dua pemain impoort yang dibawa masuk sebelum ini, Harry Novillo dan Jorge Santos Silva gagal berbuat sedemikian.

    Fernando Marquez memulakan kempen beliau bersama JDT dengan langkah kanan apabila beliau berjaya menjaringkan satu gol ketika Johor Darul Ta’zim menewaskan pasukan Perak semalam. Kemenangan tersebut menjarakkan lagi pasukan JDT dengan pasukan di bawah mereka.

    Apa pendapat anda mengenai keputusan Johor Darul Ta’zim untuk membawa masuk Fernando Elizari bagi memperkukuhkan jentera serangan pasukan ? Adakah beliau gandingan yang sesuai buat Fernando Marquez ? Atau JDT perlukan pemain yang lebih berkaliber berbanding Elizari ?

    Baca Juga: Johor Darul Ta’zim Semakin Selesa Di Puncak

    Leave a comment

    Your email address will not be published.