• Pasukan Gergasi Merah iaitu Selangor berjaya mengekalkan rentak kemenangan dalam saingan Liga apabila mereka berjaya menewaskan pasukan PKNS FC dengan keputusan 2-1 dalam perlawanan Liga Super 2018 semalam.

    Pasukan tuan rumah tidak menunggu lama apabila berjaya membuka tirai jaringan menerusi Rufino Segovia ketika perlawanan memasuki minit ke-6. Setelah jaringan pertama tersebut, pasukan Selangor berjaya mengusai dengan asakan bertali arus ke kubu PKNS FC.

    Akan tetapi, kemenangan semalam terpaksa dibayar dengan harga yang mahal apabila Rufino Segovia terpaksa dikeluarkan pada separuh masa kedua akibat daripada kecederaan. Walaupun bermain tanpa kelibat penyerang import, namun pemain tempatan Selangor berjaya menjalankan tugas dengan baik.

    Bagi pasukan PKNS FC pula, nampaknya mereka masih lagi terkejut dengan kekalahan minggu lalu. Pemain PKNS gagal untuk menyesuaikan diri dan kecuaian di bahagian pertahanan membolehkan pasukan lawan memperolehi gol pertama.

    Walaupun berjaya menjaringkan gol penyamaan, akan tetapi barisan pertahanan PKNS sekali lagi mengecewakan apabila mereka hanya memerhatikan Evan Dimas membuat larian daripada kawasan sendiri dan kemudiannya menjaringkan gol. Gol tersebut tidak akan berjaya dijaringkan sekiranya ada pemain pertahanan yang memberikan tekanan kepada Evan.

    Kemenangan semalam membolehkan Gergasi Merah melonjak ke tangga kelapan dalam carta Liga Super dengan perolehan 17 mata. Selangor berkongsi mata dengan pasukan PKNP FC dan Melaka United dan berada dua mata di belakang PKNS FC.

    Manakala kekalahan bagi pasukan bimbingan Datuk K.Rajagopal pula membuatkan mereka semakin ketinggalan dengan kelompok atasan Liga. Jarak mata PKNS FC dengan pasukan di bawah mereka juga semakin dekat.

    Kedua-dua pasukan akan bertemu sekali lagi pada Ahad ini di gelanggang yang sebelum ini dianggap gelanggang keramat pasukan Selangor iaitu Stadium Shah Alam. Jika berjaya mengutip tiga mata penuh, maka Selangor akan memintas PKNS dalam carta Liga.

    Apa pendapat anda mengenai kemenangan pasukan Selangor ke atas pasukan PKNS FC semalam ? Mampukah anak-anak buah Nazliazmi Nasir mengekalkan rentak kemenangan ?

    Baca Juga: Siapa Lebih Hebat ? Selangor Atau PKNS FC ?

    Leave a comment

    Your email address will not be published.