• Pasukan Johor Darul Ta’zim semakin selesa berada di puncak Liga Super apabila berjaya menewaskan pasukan Perak dengan keputusan 2-0 semalam. Jaringan daripada penyerang imoort baru, Fernando Marquez dan Jorge Santos Silva berjaya memberikan tiga mata penuh buat pasukan bimbingan Raul Longhi ini.

    JDT memulakan perlawanan dengan baik apabila asakan bertali arus mereka membuahkan hasil apabila Marquez berjaya membuka tirai jaringan menerusi sepakan penalti.

    Walaupun diasak dengan hebat oleh barisan pemain Perak, namun benteng pertahanan JDT berjaya menyekat segala asakan yang dilancarkan oleh barisan serangan Perak. Hanya saja mereka tidak berjaya mengancam kubu pasukan Perak setelah berjaya memperolehi gol pertama.

    Bagi pasukan Perak pula, penyudah yang lemah menjadi punca kekalahan mereka pada perlawanan semalam. Mereka mempunyai banyak peluang untuk menjaringkan gol namun gagal untuk menterjemahkan peluang tersebut kepada jaringan.

    Akan tetapi, pemain Perak gagal untuk mengekalkan rentak seperti mana pada separuh masa pertama apabila mereka dilihat tidak bermaya untuk melancarkan serangan ke benteng pertahanan JDT. Kelalaian pasukan Perak akhirnya dihukum Jorge Santos Silva yang berjaya menjaringkan gol kedua sekaligus menutup sebarang peluang untuk Perak bangkit.

    Kemenangan semalam berjaya membuatkan JDT kekal di puncak Liga Super dengan kelebihan lapan mata ke atas pasukan Pahang. Satu jurang mata yang boleh dikatakan besar memandangkan pasukan di bawah mereka menunjukkan aki yang tidak konsisten.

    Kekalahan Perak pada perlawanan semalam pula membuatkan mereka kehilangan tempat kedua kepada pasukan Pahang. Mereka kini menduduki tangga ketiga dengan berada satu mata di belakang pasukan Pahang. Perak perlu segera mencatat kemenangan pada perlawanan seterusnya bagi memastikan mereka tidak ketinggalan jauh di belakang JDT.

    Apa pendapat anda mengenai kemenangan pasukan Johor Darul Ta’zim ke atas pasukan Perak pada perlawanan semalam? Siapa yang boleh meneggugat mereka daripada terus berada di puncak Liga Super?

    Dan mampukah Perak bangkit pada perlawanan akam datang?

    Baca Juga: Pasukan Perak Mahu Cabar Mahkota Liga Super Musim Ini

    Leave a comment

    Your email address will not be published.