• Semenjak Safiq Rahim tidak lagi diturunkan dalam kesebelasan utama pasukan Johor Darul Ta’zim, tugas selaku ketua pasukan diberikan kepada Harris Harun. Dan penulis boleh katakan pemain tengah Singapura ini telah menjalankan tugas beliau dengan baik dan wajar untuk dikekalkan sebagai ketua pasukan bagi baki saingan musim ini.

    Selain berjaya menggalas tugas selaku ketua pasukan dengan baik, Harris merupakan salah satu pemain yang sentiasa menampilkan aksi terbaik beliau bagi JDT dalam saingan Liga Malaysia musim ini.

    Selain itu, pemain import yang telah mewakili JDT dari musim 2014 ini selalu menjadi pilihan Raul Longhi untuk diturunkan dalam kesebelasan utama walaupun Longhi membuat pertukaran pemain di posisi tersebut.

    Menurut Harris, bagi memastikan JDT mengekalkan kejuaraan Liga Super, mereka perlu menang kesemua baki enam perlawanan Liga bagi mencapat matlamat tersebut. Akan tetapi, jika dilihat dari segi statisik, JDT hanya perlukan dua kemenangan untuk mengekalkan kejuaraan.

    Tiga mata penuh ketika perlawanan menentang pasukan Melaka United pada 26 Jun dan menentang pasukan Perak pada 11 Julai sudah cukup untuk memberikan kejuaraan kelima berturut-turut buat Johor Darul Ta’zim.

    Namun, Harris mahukan pasukan beliau untuk memenangi kesemua perlawanan bagi memastikan jarak mata JDT dengan pasukan dibelakang mereka kekal seperti saat ini dan kejuaraan dikekalkan di bumi Johor.

    Penulis berpendapat, Harris wajar untuk dikekalkan sebagai ketua pasukan bagi mengharungi baki saingan Liga Malaysia musim ini. Beliau sudah membuktikan bahawa beliau mampu untuk memikul tugas berat yang diberikan.

    Jika berjaya memenangi Liga Super musim ini, Johor Darul Ta’zim akan layak secara automatik untuk beraksi dalam saingan Liga Juara-Juara Asia musim hadapan. Jika perkara tersebut berlaku, maka ianya satu perkembangan yang sangat baikbagi bola sepak Malaysia khususnya.

    Apa pendapat anda mengenai persembahan Harris Harun selaku ketua pasukan Johor Darul Ta’zim dalam saingan Liga Malaysia musim ini ? Adakah beliau wajar untuk dikekalkan sebagai ketua pasukan bagi baki saingan musim ini dan juga musim hadapan ?

    Baca Juga: Ada Apa Dengan Chopot ?

    Leave a comment

    Your email address will not be published.