• Syahrul Azwari berada dalam prestasi terbaik ketika ini selepas membantu Melaka United menewaskan Kuala Lumpur pada Selasa. Dengan prestasi semasa beliau, penulis berpendapat ketua jurulatih Melaka, E.Elavarasan boleh mengekalkan beliau dalam kesebelasan utama pasukan perlawanan akan datang.

    Syahrul menyertai Melaka United secara pinjaman sehingga akhir musim ini daripada pasukan Johor Darul Ta’zim II. Penulis berpendapa ini adalah satu keputusan yang sangat tepat kerana ketika beraksi bersama JDT II, Syahrul dilihat jarang membarisi kesebelasan utama pasukan dan hanya memanaskan bangku simpanan.

    Selain itu, JDT II beraksi dalam saingan Liga Perdana. Untuk pemain yang mempunyai kualiti seperti Syahrul, bermain dalam sainan Liga Perdana adalah satu perkara yang merugikan beliau. Tambahan pula Syahrul masih lagi muda dan mempunyai banyak masa untuk berkembang.

    Bersama Melaka United, Syahrul beraksi di peringkat yang lebih tinggi serta lebih kompetetif dan ini sangat baik untuk Syahrul dalam meningkatkan corak dan juga mutu permainan beliau. Setakat ini, Syahrul sudah tampil dalam dua perlawanan Liga dan berjaya menjaringkan satu gol.

    Ini menunjukkan betapa pentingnya seseorang pemain mendapat minit permainan yang cukup. Dengan minit bermain yang banyak, maka pemain tersebut boleh mengekalkan prestasi semasa dan sentiasa berada dalam keadaan yang baik.

    Jika Syahrul terus diberi kepercayaan untuk tampil dalam kesebelasan utama pasukan Melaka United, tidak mustahil Syahrul akan kembali mendapatkan semula sentuhan emas beliau sepertimana ketika beliau memperkenalkan diri kepada saingan Liga Malaysia bersama pasukan Harimau Muda.

    Jika Syahrul berjaya berbuat demikian, perkara tersebut bukan saja baik untuk beliau malah juga baik untuk pasukan kebangsaan. Tan Cheng Hoe akan mempunyai lebih banyak pilihan pemain untuk diturunkan di posisi sayap.

    Apa pendapat anda mengenai prestasi semasa Syahrul Azwari bersama pasukan Melaka United dalam saingan Liga Super 2018 ? Mampukah beliau meneruskan rentak cemerlang ketika ini sekaligus menjamin tempat dalam kesebelasan utama pasukan pada perlawanan akan datang ?

    Baca Juga: Nafas Baru Bagi Pasukan Melaka United

    Leave a comment

    Your email address will not be published.