• Pertahana import pasukan Kelantan, Cassio De Jesus mengakui bahawa ketiadaan pemain senior dalam pasukan telah membuatkan persembahan Kelantan musim ini tidak seperti yang diharapkan. Tindakan ketua jurulatih sebelum ini, Fajr Ibrahim membuang sebahagian besar pemain senior telah memakan diri dan menjejaskan pasukan.

    Menurut Cassio, kekurangan pengalaman dan tindakan Fajr Ibrahim membuang pemain senior dan memasukkan pemain muda membuatkan keseimbangan pasukan terjejas. Bukannya pemain muda sedia ada tidak bagus ataupun kualiti mereka tidak memuaskan. Namun, memiliki seorang pemain senior mampu untuk menyeimbangi pasukan.

    Ketiadaan pemain senior dalam pasukan Kelantan sememangnya menjadi salah satu faktor mengapa mereka beraksi begitu teruk dalam saingan Liga musim ini. Ketiadaan pemain senior seperti Khairul Fahmi Che Mat, Badhri Radzi dan Nor Farhan Mohamad sedikit-sebanyak menjejaskan prestasi pasukan.

    Penulis berpendapat, bagus jika sesebuah pasukan itu terutamanya dalam saingan Liga Malaysia mula menggunakan tenaga muda untuk membawa cabaran pasukan. Namun, penggunaan pemain muda ini harus dicampur dengan pemain senior supaya keseimbangan pasukan dapat dijaga.

    Pemain senior ini akan memegang peranan sebagai ketua di atas padang dan memberi galakkan seperti sokongan kepada pemain-pemain muda ini. Mari kita ambil contoh Badhri Radzi. Beliau boleh diletakkan di bahagian tengah dan membentuk satu gandingan mantap bersama Nik Akif Syahiran dan Nik Azli untuk mencipta gerakan serangan.

    Hadirnya Piya disitu juga boleh memberi tips dan juga nasihat kepada pemain muda yang lain. Sebagai antara pemain tengah paling berpengalaman dalam Liga Malaysia, sudah pasti beliau mempunyai ilmu yang boleh dicurahkan kepada pemain muda dalam pasukan.

    Walau apa pun, Kelanan wajib mengutip tiga mata penuh dalam perlawanan Liga yang seterusnya bagi memastikan peluang mereka untuk keluar daripada zon penyingkiran masih lagi terbuka. Jika gagal berbuat demikian, maka pasukan dan peminat boleh mengucapkan selamat tinggal Liga Super dan selamat datang ke Liga Perdana.

    Apa pendapat anda mengenai kenyataan Cassio De Jesus yang menganggap ketiadaan pemain senior menjejaskan persembahan pasukan ? Adakah anda bersetuju dengan Cassio ?

    Baca Juga: Cristiano Santos Jawapan Kepada Krisis Serangan Pasukan Kelantan ?

    Leave a comment

    Your email address will not be published.