• Seorang lagi seperti David De Gea, yang seorang lagi seperti Loris Karius. Itulah persembahan dua penjaga gol, Sharbinee Allawee dan Wan Azraei dalam perlawanan antara pasukan Kuala Lumpur menentang Terengganu FC semalam. Persembahan kedua-dua penjaga gol ini nyata memberikan perbezaan kepada pasukan masing-masing.

    Kecemerlangan Sharbinee Allawee mengawal pintu gol pasukan Kuala Lumpur wajar diberikan pujian. Dari minit-minit awal permainan, beliau berjaya menafikan percubaan pemain Terengganu FC.

    Tapi yang paling diingati adalah triple save yang dilakukan beliau. Sharbinne dua kali menyelamatkan percubaan Lee Tuck dan tindakan susulan daripada J.Partiban. Satu comeback yang sangat baik oleh bekas penjaga gol Terengganu ini memandangkan setahun lalu beliau didiagnos dengan penyakit kanser.

    Selain kecemerlangan Sharbinee, barisan serangan Kuala Lumpur juga berjaya menampilkan persembahan yang cemerlang. Terutamanya Paulo Josue yang menjadi nadi kepada gerakan serangan Kuala Lumpur.

    Manakala persembahan penjaga gol Terengganu FC, Wan Azraei menjadi punca pasukan Terengganu tewas secara mengejut dengan keputusam 3-0 semalam. Kegagalan untuk menampan bola dengan kemas menjadi punca kepada ketiga-tiga jaringan pasukan lawan. Paling diingati ialah apabila bola melepasi kaki Wan Azraei bagi gol pertama di mana beliau sepatutnya dengan muda menangkap bola tersebut.

    Kekalahan semalam membuatkan Terengganu FC gagal untuk merapatkan jurang dengan tiga pasukan teratas dalam carta Liga. Mereka kekal menduduki tangga kelima dengan dua mata dibelakang pasukan Perak.

    Kemenangan bagi pasukan ibu kota pula melonjakkan mereka ke tangga ketujuh. Pasukan bimbingan Fabio Maciel ini berada dua mata di hadapan pasukan PKNP FC, Selangor dan Melaka United.

    Apa pendapat anda mengenai persembahan dua penjaga gol iaitu Sharbinee Allawee dan Wan Azraei dalam perlawanan antara Kuala Lumpur menentang Terengganu FC semalam? Mampukah Sharbinee mengekalkan persembahan cemerlang beliau pada perlawanan akan datang?

    Dan buat Wan Azraei, adakah beliau mampu untuk mengekalkan tempat dalam kesebelasan utama selepas persembahan buruk semalam?

    Baca Juga: Sharbinee Allawee Jawapan Kepada Masalah Penjaga Gol Pasukan Kuala Lumpur?

    Leave a comment

    Your email address will not be published.