• Tiga negara Asean, Indonesia, Vietnam dan Thailand telah menyuarakan hasrat mereka untuk menjadi tuan rumah temasya Piala Dunia edisi 2034. Adakah Malaysia akan turut serta menganjurkan kejohanan paling berprestij dalam dunia bola sepak tersebut ?

    Ahli Jawatankuasa Eksekutif, Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) sekaligus bekas Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah berkata ianya satu peluang yang baik kerana negara Asean mempunyai kekuatan serta kebolehan untuk menganjurkan temasya tersebut.

    Akan tetapi, semuanya terpulang kepada Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) dan kerajaan persekutuan sama ada berminat untuk menyertai tiga negara Asean tersebut.

    Tambah Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah, negara Asean boleh mengambil contoh kepada gabungan tiga negara Amerika iaitu Amerika Syarikat, Mexico dan Kanada yang telah memenangi bidaan untuk menjadi tuan rumah edisi 2026 nanti.

    Tambah Tengku Abdullah, sudah sampai masanya negara dari rantau Asia Tenggara diberi peluang untuk menganjurkan temasya Piala Dunia dan mereka masih mempunyai masa yang cukup untuk mempertingkatkan infrastruktur dan memperkuatkan pasukan kebangsaan masing-masing.

    Tengku Abdullah juga melaungkan keyakinan bahawa Malaysia sudah bersedia untuk menjadi tuan rumah kepada kejohanan yang dilangsungkan selama empat tahun sekali tersebut.

    Kali terakhir pasukan kebangsaan kita bermain di pentas besar ialah ketika temasya Piala Asia edisi 2007 dimana kita menjadi tuan rumah bersama disamping Indonesia, Thailand dan Vietnam.

    Setelah tampil dalam kejohanan tersebut, kita sudah jarang melihat pasukan negara bermain di peringkat tertinggi dalam piramid bola sepak dunia.

    Jika kita menyertai Indonesia, Thailand dan Vietnam seterusnya memenangi bidaan bagi menganjurkan Piala Dunia edisi 2034, ia akan menjadi satu pencapaian yang baru bagi bola sepak Malaysia.

    Akhirnya mimpi peminat bola sepak negara untuk melihat pasukan Malaysia bertanding dalam saingan Piala Dunia akan terlaksana.

    Apa pendapat anda mengenai minat yang ditunjukkan oleh Indonesia, Vietnam dan Thailand dalam menganjurkan Piala Dunia edisi 20134 ? Adakah Malaysia patut menyertai tiga negara Asean ini ?

    Baca Juga: Aleksandar Kolarov 1-0 Costa Rica

    Leave a comment

    Your email address will not be published.