• Ketua jurulatih pasukan kebangsaan, Tan Cheng Hoe dikhabarkan berminat untuk memanggil pemain tengah Kelantan, Nik Akif Syahiran untuk bermain bagi pasukan senior negara dalam persediaan untuk memgharungi temasya Piala AFF Suzuki akhir tahun ini.

    Menurut Tan Cheng Hoe, meskipun pasukan yang diwakili oleh Nik Akif, Kelantan berada di tangga tercorot, namun perkara tersebut tidak menjadi penghalang buat Che Hoe untuk memanggil beliau.

    Nik Akif sememangnya mempunyai musim yang baik bersama pasukan Kelantan. Persembahan beliau di bahagian tengah pasukan berjaya mengisi kekosongan yang ditinggalkan oleh Badhri Radzi. Gandingan beliau dengan seorang lagi pemain muda, Nik Azli berjaya membuktikan bahawa jika pemain muda diberi peluang, mereka boleh menunjukkan prestasi yang baik.

    Sejak dibawah bimbingan Tan Cheng Hoe, pasukan kebangsaan kita telah dibarisi oleh beberapa pemain muda antaranya Akhyar Rashid, Safawi Rasid dan Irfan Zakaria. Pemain-pemain muda ini berjaya beraksi dengan baik walaupun kali pertama diturunkan dalam pasukan senior.

    Tambah Cheng Hoe, beliau masih lagi memerhatikan persembahan Nik Akif bersama Kelantan bagi baki saingan musim ini sebelum mengambil keputusan untuk memanggil beliau.

    Penulis berpendapat Nik Akif perlu meningkatkan lagi mutu dan tahap permainan beliau bagi membolehkan nama beliau dimasukkan diantara pemain-pemain berpengalaman negara.

    Jika kita melihat dari segi persembahan beliau bersama Kelantan setakat ini, memang Nik Akif merupakan satu pilihan yang boleh dipertimbangkan. Namun, mewakili pasukan senior memerlukan persediaan yang rapi, terutamanya dari segi mental dan juga fizikal.

    Jika Nik Akif berjaya meningkatkan tahap dan juga mutu permainan beliau, tidak mustahil Nik Akif akan berada di samping pemain berpengalaman negara seperti Mahali Jasuli, Zaquan Adha dan Nazmi Faiz Mansor.

    Akhir sekali, Nik Akif boleh menjadikan perkara ini sebagai pembakar semangat agar beraksi dengan lebih baik musim ini.

    Apa pendapat anda mengenai Tan Cheng Hoe yang dikhabarkan berminat untuk memanggil Nik Akif Syahiran untuk bermain bagi pasukan senior negara? Mampukah beliau menggalas tugasan besar ini jika dipanggil kelak?

    Baca Juga: Tiada Apa Yang Nak Dimalukan Jika Turun Ke Liga Perdana Musim Hadapan.

    Leave a comment

    Your email address will not be published.